Friday, January 22, 2010

Sihat vs Sakit

Dua Puluh Empat Jam dalam Kehidupan Seorang Muslim
Aku tidak secergas apatah lagi bergerak pantas seperti teman – temanku yang lain. jika dulu terasa kekurangan namun kini ini adalah nikmat Allah kurniakan padaku. bukan semua orang dapat merasakan apa yang kurasa. Bukankah itu keistimewaan.. Semua ini adalah ujian buat ku sebagai hambaNYA. dalam masa yang sama aku boleh belajar erti sabar dan tabah. Dugaan yang paling sukar bilamana kita berada dalam kedudukan yang stabil dan mantap. Kerana hingga satu masa sampai lupa nikmat kurniaan sementara pada diri kita. Ana tersentuh satu cerita yang seorang teman bercerita padaku di saat ku rasa iman menurun. 


Si monyet dan pokok kelapa. Ana ringkaskan cerita monyet ni ye.. Monyet ni diberi nama Si Comey oleh tuanya. Tuanya memiliki kebun kelapa dan di dalam kebun tersebut terdapat sebatang pokok kelapa yang sangat tinggi mencecah langit. Namun ia sangat istimewa kerna punya buah yang sangat lazat dan isi yang manis. Si Comey berhajat satu hari nanti akan memanjat pokok kelapa ini dan merasai kenikmatan buah tersebut. Untuk itu, Si comey menyiapkan diri dengan fizikal dan mental yang semaksimum yang mungkin untuk berhadapan dengan pokok kelapa ini. Maka tibalah hari yang dinantikan setelah segala persiapan dibuat untuk memantapkan dirinya Si Comey pun memulakan ekspedisi memanjat pokok kelapa istimewa tersebut. Di awalnya dia bergerak laju untuk sampai ke puncak, namun akhirnya dia kepenatan dan memperlahankan gerakanya. Semasa dipertengahan pokok, tiba – tiba ribut melanda. Angin bertiup kencang. Si comey bertaut dengan kuat pada batang pokok kelapa. Dia cuba sedaya upaya bertahan. Untuk turun ke bumi agak merugikan. Alang – alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan, alang – alang memanjat biar sampai ke puncak. Si Comey tidak berangan seperti Mat jenin, dia punya tekad yang menjulung tinggi seperti mana tingginya pokok kelapa terbabit. Alhamdulillah, Si Comey mampu bertahan. Akhirnya ribut pun reda. Si Comey pun terus kan perjalananya. Tinggal sedikit sahaja lagi perjalanannya. Telah nampak buah – buah kelapa tersebut. Namun di saat itu, angin bertiup sepoi – sepoi bahasa. Si Comey mengambil keputusan untuk berehat seketika. Lagipun apalah hendak dikejar sangat sedangkan dia telah menghampiri puncak pokok kelapa terbabit. Di saat dibuai oleh kenikmatan angin tersebut, entah bagaimana Si Comey pun tertidur. Dan akhirnya Si Comey pun terjatuh dari pokok kelapa tersebut. Apa pendapatmu wahai teman – temanku?
Terpulang kepada teman – teman untuk mengadaptasikan cerita ini dengan kehidupan kalian. Kembali kepada nikmat sihat tadi, ana memujuk diri ana supaya yakin akan ketentuan Allah yang memberi penyakit sudah pasti penawarnya adalah kurniaan Allah jua. Allah jua penyembuhnya. Dalam Al Qur'an, Allah memuji kesabaran orang beriman selama sakit dan menempatkannya dalam sifat “pengabdian yang sebenarnya”
“…akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan sholat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. (QS Al Baqarah, 2:177)”
“Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya, "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". (QS Al Anbiya, 21:83)
“… dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku” (QS Ash Syuara, 26:80)
segala ujian ini telah membuat diri ana tersenyum bahkan merasa kebahgiaanya. Ya Allah berikan kekuatan pada hambaMu ini. Buat teman – teman, Hanya Allah membalas jasa- jasa kalian dengan kasih sayang dan perhatian yang kalian berikan pada ana. Inilah kesempatan yang ana dapat dan rasakan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Moga berbahagia wahai teman – temanku..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails