Sunday, January 31, 2010

For The Rest Of my Life ------> Maher Zain



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Sekadar perkongsian santai untuk di kala ini. Bagi yang mengerti mungkin akan bertambah pengertiannya.. Entry kali ini khas buat sahabatku Selamiah Haldin, Lagu ni penuh pengertian untuk kitak.. hayatilah bersama dengan Husband kitak. Kamek mendoakan moga kitak sekeluarga berbahagia di dunia dan di akhirat. Doakan moga kamek dipermudahkan dalam pencarian sebagai hambaNYA..

Friday, January 29, 2010

Perjalanan seharian kita berlandaskan Al Quran


Betapa dahulu jahilnya diri ana mengenai Al Quran sedangkan Allah telah hadirkan ia sebagai petunjuk jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya. Dahulunya hanya sekadar mengaji Al quran tanpa memahami maksud terjemahan ayat Al quran itu sendiri. Mungkin ada ramai di kalangan kita tidak peka akan hal ini. Soalan mudah untuk kita semua sekiranya kita ini benar – benar menghayati Al quran itu. Jika sukar untuk kita menjawabnya, maka sama – samalah kita muhasabah diri kita kembali. bagi mereka yang dapat menjawabnya, sama – samalah kita saling ingat mengingati.
1.    Surah yang ke 11?
2.    Dalil kenapa kita diciptakan@ matlamat kita dijadikan?
3.    Surah Yusuf surah yang keberapa?
4.    Surah Al – insyirah surah ke berapa?
5.    Dalil 2:44 mengenai apa?
… Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. (QS An Nahl, 16:89)
Di dalam Al Quran tiada keraguannya. Segala persoalan yang perlukan jawapan, Al quran adalah rujukan yang pertama buat kita. Ana mengingatkan diri ana supaya mengaplikasikan ayat – ayat yang dibaca setiap hari seiring dengan perjalanan harian dalam seharian. Tetapi sejauh mana kita bersungguh – sungguh untuk menghayatinya? . Alangkah indahnya kehidupan kita sekiranya kita berupaya menzahirkan perbuatan kita sejak dari bangun di pagi hari sampailah tidur di malam hari, kita perbaharui niat untuk berfikir, berbicara, dan bertindak berdasarkan ajaran Al Qur’an. InsyaAllah, jika kita bertekad dan berusaha pasti Allah permudahkan niat baik kita ini.
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (QS An Nahl, 16: 97)
Mari kita sama – sama bina hari kita agar kehidupan seharian kita dalam lingkungan damai yang jauh dari tekanan, keresahan, dan kekhawatiran di dunia ini berpandukan dengan Al Quran. InsyaAllah, dengan kehendak Allah, perjalanan hidup kita sesuai dengan ajaran Al Qur’an dan Sunnah akan membuat kita mampu mengembangkan sebuah pemahaman yang luas, kecerdasan yang unggul, kemampuan untuk membezakan antara yang benar dan yang salah, dan kemampuan untuk mempertimbangkan sebuah urusan secara mendalam. Dan menjalani kehidupan dengan berserah diri kepada Allah dan sesuai dengan ajaran Al Qur’an akan sepenuhnya berbeza dengan orang lain dalam hal cara bertindak, duduk dan berjalan, dalam sudut pandangnya dan dalam cara menjelaskan serta menafsirkan sesuatu, juga dalam pemecahan yang ia temukan atas persoalan yang dihadapinya..

Pintu syaitan terbuka...

Agak sukar juga untuk mencetuskan idea – idea secara bertulisan. Berbicara lagi mudah untuk melontarkan pendapat. Tetapi dengan tekad, hujung minggu kali ini disisipkan dengan penulisan serba ringkas tetapi mungkin tidaklah mengikuti cara penulisan yang biasa. Apa agaknye ye..?

Minggu yang berlalu kali ini pun ada cabaran dan dugaan tersendiri. Emosi kewanitaan yang semakin meningkat usianya sedikit terusik oleh dek usikan nakal teman sebilik apatah lagi diskusi dengan sahabat yang sebaya mengenai calon hidup. Susah – susah. Agaknya bila lah teman hidup ini hendak memunculkan dirinya. Pada Allah kami bermohon, agar dikurniakan usia yang berguna kepada bakal teman hidup kami dengan baik akhlaknya. Ya Allah peliharalah juga diri kami daripada memaksiatkan dan menzalimi diri kami sendiri, lindungilah kami dari jatuh dalam perangkap syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menggoda hati, nafsu dan akal selemah kami ini. Ameen. InsyaAllah telah tercipta buat diri kita dengan pasangan hidup yang telah Allah tentukan Cuma masa belum tiba. Itu kata – kata mujahadah sebagai penguat diri. Buat apalah hendak membebankan diri sendiri, macamlah umur dah 30 tahun..Ermm takdelah tua sangat pun baru jer 20 lebih – lebih.. Sepintas teman ana beri masukan, masalahnya bukan usia yang semakin meningkat sekarang ini tetapi kesanggupan dan persediaan untuk menjadi ibu yang akan melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Untuk itu seorang teman menambah, Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Bersabar dan bersabarlah. Ana hanya mampu tersenyum dengan diskusi yang tidak tahu bila penghujungnya. Persoalan yang hingga kini tiada jawapanya pada ana namun ana berserah dan bertawakal kepada Allah akan pertemuan dengannya. “Di mana hendak mencari dan bagaimana.. ?”

Baiklah, kita tinggalkan dahulu kisah ini. Seperti ana janjikan tadi entry kali ni simple je. Di manakah 15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita? Mari kita check betul atau tidak.
Pintu marah? Dalam minggu lepas berapa kali agaknya kita dalam keadaan begitu? Kadang – kadang perkara kecil pun boleh membangkitkan amarah kita. Cinta dunia? kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu), suka berangan angan kosong, tamak, bakhil, suka pada pujian, riak atau sombong, ujub (merasa kagum)/takbur, takut dan gelisah, buruk sangka, memandang rendah pada orang lain, suka akan dosa, merasa aman daripada pembalasan "ALLAH", putus asa daripada rahmat "ALLAH"… Sebenarnya ada banyak lagi pintu – pintu yang kita buka dan beri peluang kepada Syaitan untuk tinggal bersama dengan kita. So jika ada salah satu pintu tadi kita cepat sedarkan diri. Ini teguran untuk diri ana sebenarnya. Takutnya jika usia muda ini disia – siakan dan dimanfaatkan kepada perkara yang melalaikan.. Mari kita bersegera melakukan kebaikan untuk menutupi kejelekan kita.. Mudahan Allah menerima amal ibadat kita…

Tengah asyik menaip ini, jiwa ana tiba – tiba tidak keruan. Ana tersentak dengan nasihat seorang hamba Allah di bumi Jordan ni. Terima kasih atas ingatan beliau kepada diri ana. Kadang – kadang kita lupa dan lalai kita sedang sentiasa di uji.. Ana gagal untuk mengawal diri terutamanya emosi sebagai seorang muslimah. Tidak akan mudah mengalah… terus untuk bermujahadah di bumi Allah ini. Pengembaraan akan tetap diteruskan walaupun terpaksa bersendiri kerana yakin Allah pasti bersama… Ana bahagia.. Pelik pula rasanya entry kali ini. Agaknya kali ini lebih kepada konsep curahat… Curahan rasa hati… cukuplah untuk kali ini.

Friday, January 22, 2010

Sihat vs Sakit

Dua Puluh Empat Jam dalam Kehidupan Seorang Muslim
Aku tidak secergas apatah lagi bergerak pantas seperti teman – temanku yang lain. jika dulu terasa kekurangan namun kini ini adalah nikmat Allah kurniakan padaku. bukan semua orang dapat merasakan apa yang kurasa. Bukankah itu keistimewaan.. Semua ini adalah ujian buat ku sebagai hambaNYA. dalam masa yang sama aku boleh belajar erti sabar dan tabah. Dugaan yang paling sukar bilamana kita berada dalam kedudukan yang stabil dan mantap. Kerana hingga satu masa sampai lupa nikmat kurniaan sementara pada diri kita. Ana tersentuh satu cerita yang seorang teman bercerita padaku di saat ku rasa iman menurun. 


Si monyet dan pokok kelapa. Ana ringkaskan cerita monyet ni ye.. Monyet ni diberi nama Si Comey oleh tuanya. Tuanya memiliki kebun kelapa dan di dalam kebun tersebut terdapat sebatang pokok kelapa yang sangat tinggi mencecah langit. Namun ia sangat istimewa kerna punya buah yang sangat lazat dan isi yang manis. Si Comey berhajat satu hari nanti akan memanjat pokok kelapa ini dan merasai kenikmatan buah tersebut. Untuk itu, Si comey menyiapkan diri dengan fizikal dan mental yang semaksimum yang mungkin untuk berhadapan dengan pokok kelapa ini. Maka tibalah hari yang dinantikan setelah segala persiapan dibuat untuk memantapkan dirinya Si Comey pun memulakan ekspedisi memanjat pokok kelapa istimewa tersebut. Di awalnya dia bergerak laju untuk sampai ke puncak, namun akhirnya dia kepenatan dan memperlahankan gerakanya. Semasa dipertengahan pokok, tiba – tiba ribut melanda. Angin bertiup kencang. Si comey bertaut dengan kuat pada batang pokok kelapa. Dia cuba sedaya upaya bertahan. Untuk turun ke bumi agak merugikan. Alang – alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan, alang – alang memanjat biar sampai ke puncak. Si Comey tidak berangan seperti Mat jenin, dia punya tekad yang menjulung tinggi seperti mana tingginya pokok kelapa terbabit. Alhamdulillah, Si Comey mampu bertahan. Akhirnya ribut pun reda. Si Comey pun terus kan perjalananya. Tinggal sedikit sahaja lagi perjalanannya. Telah nampak buah – buah kelapa tersebut. Namun di saat itu, angin bertiup sepoi – sepoi bahasa. Si Comey mengambil keputusan untuk berehat seketika. Lagipun apalah hendak dikejar sangat sedangkan dia telah menghampiri puncak pokok kelapa terbabit. Di saat dibuai oleh kenikmatan angin tersebut, entah bagaimana Si Comey pun tertidur. Dan akhirnya Si Comey pun terjatuh dari pokok kelapa tersebut. Apa pendapatmu wahai teman – temanku?
Terpulang kepada teman – teman untuk mengadaptasikan cerita ini dengan kehidupan kalian. Kembali kepada nikmat sihat tadi, ana memujuk diri ana supaya yakin akan ketentuan Allah yang memberi penyakit sudah pasti penawarnya adalah kurniaan Allah jua. Allah jua penyembuhnya. Dalam Al Qur'an, Allah memuji kesabaran orang beriman selama sakit dan menempatkannya dalam sifat “pengabdian yang sebenarnya”
“…akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan sholat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. (QS Al Baqarah, 2:177)”
“Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya, "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". (QS Al Anbiya, 21:83)
“… dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku” (QS Ash Syuara, 26:80)
segala ujian ini telah membuat diri ana tersenyum bahkan merasa kebahgiaanya. Ya Allah berikan kekuatan pada hambaMu ini. Buat teman – teman, Hanya Allah membalas jasa- jasa kalian dengan kasih sayang dan perhatian yang kalian berikan pada ana. Inilah kesempatan yang ana dapat dan rasakan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Moga berbahagia wahai teman – temanku..

OH IBU!OH AYAH!



Lahirnya di dunia ini atas nikmat yang Allah berikan. Rahmat yang Allah kurniakan. Insan yang penat lelah yang mengandung selama 9 bulan bernama ibu senyum bahagia di saat menatap wajah comel di kala bayi. Si ayah mundar mandir menanti khabar gembira. Subhanallah, nikmat yang Allah limpahkan ke atas kita terlalu banyak. Bagaimanakah daya fikir kita sebagai anak? Daya fikir sebagai seorang hambaNYA? Bersyukur kah kita dengan anugerah ini? Tidak terasa kah kita untuk membalas segala penat lelah kedua – dua orang tua kita? Mereka tidak pernah kenal erti jemu melayan kerenah kita dari kita lahir hinggalah kita dewasa. 
Namun apa yang berlaku kini hari? Sedangkan Allah telah berfirman agar kita menghormati kedua – dua orang tua kita. 

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu" (QS Luqman, 31:14)


Kita sebagai anak seharusnya menyenangkan hati – hati mereka. Membuatkan mereka merasa bahagia di saat hari tua mereka. Siapa lagi yang mereka miliki jika bukan kita anak – anaknya? 
 

"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapaknya" (QS Al Ahqaf, 46:15)

Untuk apa semua ini? Allah menurunkan ayat seperti ini? Masih tidak mampu berfikirkah kita? Allah memerintahkan kita agar berbuat baik kepada ibubapa kita. Menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi kita semasa kita kecil dulu. Di saat kita bayi, menangis siang malam ingin dibelai, dimanja, lemah tidak berdaya, kita tidak mampu berbuat apa pun. Semua ini kedua – dua ibubapa kita yang usahakan untuk membesarkan kita dan kini kita telah dewasa..Ye tidak semua di kalangan kita memiliki kedua – dua ibubapa yang beriman kepada Allah. Yang terbuka dalam menjalankan islam secara aturanya. Kita sebagai anak berusaha mengajak mereka kepada kebenaran dengan cara yang berhikmah dan berhemah. Bukan meninggalkan sahaja kedua – dua mereka agar terus berada di dalam kesesatan…
Tidakkah kita mengambil iktibar dari kisah perjalanan Nabi Ibrahim as? Ayahnya yang kufur namun Nabi Ibrahim as tidak pernah tidak mencuba untuk mengajak si Ayah agar beriman kepada Allah.
"Wahai Bapakku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, niscaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus. Wahai bapakku, janganlah kamu menyembah setan. Sesungguhnya setan itu durhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah". (QS Maryam, 19:43-44)

Kita sebagai anak berusaha sama- sama membangunkan keluarga bahagia yang berada di dalam lingkungan rahmat Allah. Tidak pernah jemu meminta rahmat, perlindungan dan kasih sayang daripada Allah agar mengasihi kedua – dua orang tua kita di dunia dan di akhirat. 


Thursday, January 21, 2010

Kisah ku di dalam lagu….



Wahai pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini,
berat ujian darimu,
ku pasrahkan semua padamu
 tuhan baru kusedar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini kuharapkan cintaMu
kata – kata cinta terucap indah
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang kurasa biar
jadi penawar dosaku
butir – butir cinta air mataku
teringat semua yang kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini
ya Ilahi,
muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
lindungi aku dari putus asa
jikaku harus mati
pertemukan aku dengan mu
(Lirik di atas di petik dari edcoustic, Muhasabah cintaku)
Mari kita sama – sama memanfaatkan kehidupan yang masih tinggal saki baki ini. kita tidak tahu bila Malaikat Maut datang menjalankan tugasnya.. bila – bila sahaja setelah sampai ketetapan buat kita di muka bumi ini. Entah esok, lusa tidakpun selepas ini.. Kesempatan yang masih diberikan ini mari kita bersegera melakukan kebaikan dan meninggalkan laranganNYA. Jangan kita sia-siakan usia muda kita ini. Di akhirat kelak usia muda diantara persoalan yang akan dipertanyakan di hadapan Allah swt. Dalam kita mencari jalan pulang, carilah bekalan seberapa banyak bekalan untuk dibawa di sana. Dan jangan dilupakan pula ahli keluarga kita. Sama - sama kita mengajak kepada kebaikan. Doakan buat teman - teman dan insan - insan disekeliling kita mudahan Allah sentiasa beri hidayah dan petunjuk buat mereka agar tidak hanyut dengan dunia yng sementara ini.

Tuesday, January 19, 2010

kata hati



Hari demi hari telah kita lalui bersama
adakala suka dan duka
Akhirnya, kutuliskan suara hati ini,
Ku katakan semua yang ada dalam perasaan ini
tapi bukanlah yang rahsia,
kerana rahsia tetap rahsia..

Resepi muda orang suka bertanya,
resepi tua semua orang tolak ke tepi,
namun kini aku semakin bertambah usia,
semakin dekat hari kembali.

 Benarlah 2 nikmat manusia sentiasa lupa,
nikmat sihat dan nikmat kelapangan,
bila sihat lupa saatnya sakit,
bila lapang tidak teringat sempitnya masa.

Kini,
aku menunggu masa,
masa untuk kembali,
di mana semua orang akan melaluinya.

Aku tidak selincah dahulu,
mampu berlari sekuat hati,
laju menghayun langkah...


kadang - kadang aku hampir jatuh..

Aku gembira di saat ini,
mudahan sahabat - sahabtku juga bahagia,
di dunia bahkan di akhirat kelak.

Monday, January 18, 2010

aKu MeNcarI...

Terasa agak lama tidak memperbaharui entry ni. Minggu lalu merupakan minggu yang agak kritikal pada diri ana dengan ketidakmampuan menyelesaikan masalah analisis statistik untuk projek tahun akhir. Namun hari ini, semua itu telah pun selesai dengan mudah. Apa yang hendak dikongsikan kali ini adalah pengalaman bagaimana seorang hamba Allah yang kerdil ini berupaya akhirnya menyelesaikan masalah dengan rahmat pertolanganNYA. Nikmat yang membuatkan ana semakin mendekatkan diri ana padaNYA. Kecintaan, kebergantungan, keperluan ana cukuplah Allah buat segala - galanya. Seringkali agaknya di kalangan kita mengabaikan sesuatu perkara yang remeh seperti pengalaman lalui ini sendiri. Hakikat di sini, berdoalah tidak kira ia remeh atau tidak, besar atau kecik, susah atau senang, kaya atau miskin... Berdoalah bersungguh - sungguh. Kita telah pun mengaku Cukuplah Allah padaku... Bukan kah selayaknya hanya DIA tempat kita bergantung harap. Rasullulah pernah bersabda "Berdoalah kalian kepada Allah dan yakinlah akan pengabulannya. Ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah swt tidak akan menerima doa seseorang yang hatinya tidak bersungguh - sungguh."(HR. At tirmidzi)
Bagaimana di antara kita hari ini merasakan Allah tidak mengabulkan doa... Jangan sesekali berperasaan demikian. Bersangka baik lah pada Allah kerana Allah maha tahu segalanya. Bagaimana hakikatnya kejadian Adam.. Sehingga ada malaikat yang mempersoalkan kenapa hendak diciptakan makhluk yang akan melakukan kerosakan di muka bumi.. Allah tetap juga hendak menjadikan Adam malahan memuliakan kita sebagai manusia. Namun lihat pada hari ini bagaimana kekejaman, kezaliman berlaku di atas muka bumi ini, Allah tetap beri peluang untuk kita hidup untuk meneruskan kehidupan. Sedangkan Iblis yang dilaknat Allah itupan doanya dikabulkan oleh Allah. Apa iblis minta? "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhkanlah kepadaku sampai hari manusia dibangkitkan."(Al Hijr:36).

Monday, January 11, 2010

Ketenangan Hati



 Pernahkah kita merasa ketidakpuasan hati? Asyik merungut jika mula terbeban dengan banyak kerja, assignment, masalah – masalah yang kita hadapi saban hari sehingga kita mula merasa tidak bahagia dengan kehidupan yang di lalui. Tidakpun masalah kewangan, masalah dengan kawan – kawan yang tidak memahami diri kita atau lain – lain boleh dikatakan masalah buat kita. Ermmm… mari kita ikut satu kisah yang ana petik dari perihal Abu Nawas.
Kisahnya bermula apabila seorang lelaki datang mengadu masalah yang dihadapinya kepada kawan Abu Nawas. Masalanya agak dikatakan rumit sehingga kawan si Abu nawas tidak mampu untuk menyelesaikan masalah lelaki tersebut. Masalah lelaki ini adalah dia tidak merasa bahagia kerana mempunyai rumah yang sempit yang diduduki oleh dirinya bersama dengan isteri dan lapan orang anaknya. Hanya di sebabkan masalah tersebut lelaki ini merasakan terlalu rumit hingga telah membebankan diri dan perasaanya. Agak kesian juga lah lelaki ini. Kawan Abu Nawas menyarankan lelaki tersebut menemui Abu Nawas. Lelaki tersebut pun pergi menemui Abu Nawas dan kebetulan ketika itu Abu Nawas baru sahaja selesai mengaji. Diceritakan lah masalahnya kepada Abu Nawas. Di wajah lelaki tersebut tiada langsung riak ceria malahan dalam keadaan yang berdukacita. Harapanya mudahan Abu Nawas berupaya menyelesaikan masalah nya itu.

Selesai je lelaki tersebut menceritakan masalahnya, Abu Nawas meminta lelaki tersebut menyediakan seekor kambing biri – biri dan menempatkan kambing tersebut di dalam rumah milik lelaki tersebut. Lelaki tersebut tanpa membantah mengikut suruhan Abu Nawas. Beberapa hari selepas itu, lelaki tersebut datang semula menemui Abu Nawas dengan muka yang lagi sedih berbanding pada hari sebelumnya.
‘Wahai Abu Nawas, aku telah menuruti suruhan mu menempatkan Kambing biri – biri di dalam rumah ku namun rumah ku bertambah sesak dan lebih buruk daripada sebelum ini.”
Namun Abu Nawas menyarankan agar lelaki itu menempatkan Itik di dalam rumah milik lelaki terbabit. Lelaki itu menuruti saranan Abu Nawas. Selang beberapa hari lelaki terbabit datang menemui Abu Nawas.
“Wahai Abu Nawas, aku dan keluargaku sudah tidak betah untuk tinggal dirumah miliki itu. Terlalu ramai penghuni. Kami terasa terseksa.” Kata lelaki tersebut dengan muram.
“Kau belikan anak unta dan tempatkanlah ia di rumahmu.” Saranan Abu nawas.
Lelaki tersebut tanpa membantah menuruti suruhan Abu Nawas dan menempatkan anak unta di dalam rumahnya. Beberapa hari selepas itu, lelaki tersebut datang menemui Abu Nawas dan berkata;
“Wahai Abu NAwas, tahukah engkau rumahku sekarang kurasa seperti di neraka. Keadaan di dalamnya lebih menggerunkan dari sebelum ini. Kami sekeluarga sudah tidak tahan untuk tinggal bersama dengan binatang – binatang tersebut.” Jelasnya dengan putus asa. Bagaikan tiada jalan baginya untuk mengatasi masalah tersebut.

Abu Nawas senyum memandang lelaki tersebut. Dia menyarankan agar lelaki tersebut menjual anak unta. Tanpa banyak soal lelaki tersebut pulang ke rumahnya dan menjual anak tersebut. Selang beberapa hari, Abu Nawas mengunjungi lelaki terbabit dan bertanya mengenai keadaan lelaki tersebut. Di raut wajah lelaki itu mengambarkan kekurangan masalah yang dihadapinya. Abu Nawas menyarankan agar lelaki tersebut menjual itik, diikuti dengan kambing biri – biri secara berasingan. Akhirnya lelaki terbabit berkata;
“Kami merasakan rumah kami bertambah luas karena binatang-binatang itu sudah tidak lagi tinggal bersama kami. Dan kami sekarang merasa lebih berbahagia daripada dulu. Kami mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepadamu hai Abu Nawas" kata orang itu dengan wajah berseri-seri.
Nah, apa ibrahnya? Boleh fikir dengan akal kalian sekarang.. bagaimana rumah yang sempit akhirnya menyenangkan lelaki terbabit. Rumahnya tidak berubah sama sekali. Tetap rumahnya yang dahulu… ermmm… kenapa?
 "Sebenarnya batas sempit dan luas itu tertanam dalam pikiranmu. Kalau engkau selalu bersyukur atas nikmat dari Tuhan maka Tuhan akan mencabut kesempitan dalam hati dan pikiranmu." kata Abu Nawas
menjelaskan. Dan sebelum Abu Nawas pulang, ia bertanya kepada orang itu,
"Apakah engkau sering berdoa ?"
"Ya." jawab orang itu.
Ketahuilah bahwa do'a seorang hamba tidak mesti diterima oleh Allah namun  Allah membuka pintu pemahaman kepada engkau ketika Dia tidak memberi engkau, maka ketiadaan pemberian itu merupakan pemberian yang sebenarnya."
 Begitu jugalah perihal diri kita. Semua itu akan menjadi mudah kiranya kita berfikiran positif dan mensyukuri nikmat Allah beri. Ada di kalangan kita sering merungut assignment banyak, laporan melambak, tiada masa dan lain – lain. Jika kita asyik fikir banyak, bila nak siap? Fikir susah… maka jadi susahlah hal tersebut walaupun perkara itu mudah hakikat sebenarnya. Ramai orang suka berkata – kata tapi nak berbuat tu tak banyak. Jangan kita bandingkan diri kita dengan orang yang lebih baik dari kita dalam aspek nak buat kerja, tetapi bandingkan diri kita dengan orang yang langsung tak buat kerja… baru kita akan nampak kemajuan diri kita. Buat apa asyik nak kata diri tak pandai, miskin, tak berduit macam orang lain. Kita sering dengar orang kata open mind… tetapi hakikatnya open heart… buka kita punya hati ni hah. Operate hati kita. Tengok hati kita. Terpulanglah kepada kita hendak berbuat bagaimana. Apa – apa hal, hati mesti kena jaga. Mudahan kisah tadi memberi ibrah kepada kalian.
Allah mempermudahkan. Jika seorang manusia memilih beriman kepada Allah, Dia akan mempermudah pilihan itu. Semua jalan untuk itu akan dibuka lebar dan dipermudahkan. Apabila orang memilih jalan untuk beriman dan bertakwa kepada Allah, Dia akan mempermudah pilihan itu, sehingga dia menjadi orang yang paling bertakwa. Jika seorang manusia memilih bermaksiat kepada Allah, Dia juga akan mempermudah pilhan itu. Yang ahli dalam hal ini adalah Iblis dan syaitan-syaitannya. Maka Allah akan mengirimkan mereka kepada orang itu agar pilihan itu semakin mudah, sehingga kemaksiatan yang dipilihnya akan semakin menyesatkan dan sampailah dia pada derajat orang yang paling durhaka atau paling zalim. Kita memang akan sentiasa ada pilihan. Terpulang kepada kita untuk memilih. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.



Saturday, January 9, 2010

Mencari kebebasan


Perasaan  asyik resah. Jiwa meronta mencari kebebasan. Hati terasa sempit seperti tiada langsung ruang udara di dalamnya. Tidak tahu mengapa kenapa ada keluh kesah di dalam jiwa ini. Banyaknya dosa berhimpun di dalam jiwa ini. Namun tiada istilah putus asa dari diri hambaNYA ini. Allah berfirman “Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” (QS: Yusuf: 87). 



Janganlah kita menyempitkan diri yang memang sedia sempit ni pula. Mari kita sempitkan fikiran dan diri kita dengan meyibukkan diri dengan suatu perkara yang boleh dikatakan ibadah. Ini bukan teori tetapi inilah yang telah berlaku pada diri ana sendiri. Ana punya banyak masa.. banyak sangat.. tetapi kerana masa yang tidak diuruskan dengan betul maka akhirnya diri ana merana kesakitan terutamanya di hati ini. Menyibukkan diri dengan sebuah pekerjaan atau mendalami ilmu yang bermanfaat akan membuatkan kita akan melupakan apa yang selama ini membebani diri dan yang selama ini membuat hati gelisah. Maka kemudian jiwa menjadi tenang dan semangat bertambah. Tetapi atas kita bagaimana aktiviti tersebut boleh mempengaruhi jiwa dan hati kita. Adakah akan terarah kepada membuang masa or bermanfaat pada orang lain.  

Jika kita merasakan segala aktiviti yang dilakukan itu dikatakan bebanan maka kita lah yang merasa ketidakpuasan hati. Kita rasa penat, lemah... itu yang mengundang tekanan..!!!




Kembali kepada mereka yang melakukan pekerjaan yang bermanfaat, iaitu mereka di kalangan orang beriman yang memiliki kelebihan karena keikhlasan dan harapan akan pahala dari apa yang menyibukkan dirinya,yakni  berupa ilmu yang dipelajari atau yang diajarkan, begitu juga dengan kebaikan yang dikerjakan. Jika hal tersebut berbentuk ibadah maka nilainya adalah ibadah, jika merupakan kesibukan atau kebiasaan dunia maka dia mengiringi dengan niat yang shalih dan membantu dalam beribadah kepada Allah. Mudahan diterimaNYA amal kita. Jangan pernah kita merasakan melakukan perkara yang sia – sia jika ia bermanfaat kepada orang lain seperti perihal mengajak orang berbuat kebaikan. Entah berapa ramai yang di luar sana tengah lalai dan lengah akan dunia ini. Mereka lupa, bahawasanya kita akan kembali kepada yang esa. Sudah lupa jalan pulang. Bekalan apa hendak di bawa… masakan hendak membawa makanan yang mengenyangkan perut? Bagaimana pula dengan makanan hati kita? 





Thursday, January 7, 2010

SeGalaNYa adAlah UJIAN




Setiap orang di antara kita pasti suka merungut terutama perempuan. Kadang – kadang perkara kecik pun nak di keluh kesahkan. Jarang daripada kita menerima sesuatu dengan bijaksana mahupun berhemah atau berhikmah. Malas untuk berfikaran positif. Orang putih kata thinking positive. Sedangkan apa yang terjadi kepada diri kita mempunyai seribu satu rahsia tersembunyi yang mengandungi hikmah tersendiri. Mungkin ramai daripada antara kita pernah tahu mengenai kisah lelaki yang bersedih hati kerana dikurniakan kaktus dan ulat beluncas. Sedangkan dia meminta bunga yang indah dan rama – rama yang cantik. Tapi kenapa kaktus yang berduri dengan beluncas yang menggelikan diberikan kepadanya. Dia tidak meminta perihal ini. Tetapi alangkah terkejutnya si jejaka, kaktus berduri akhirnya menghasilkan bunga yang cantik dan beluncas bertukar kepada si rama – rama yang sangat menawan. Lihat kisah ini nampak simple namun mesej yang hendak di sampaikan menyuruh kita sebagai hambaNYA bersabar dan berbahagia dengan apa kurniaan Allah beri pada kita. Setiap daripada kita Allah tidak pernah mensia – siakan, apatah lagi menzalimi diri kita hambaNYA. Tetapi kita bagaimana? Berapa ramai di kalangan kita telah mensia – siakan diri sendiri terutamanya remaja masa kini. Kembali kepada kisah tadi, point yang hendak disampaikan adalah jangan pernah bersangka tidak baik kepada Allah dan JANGAN sesekali pun. Sedangkan Allah telah berfirman di dalam surah Al Hadid ayat 22 yang ertinya, “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfudzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Alloh.”. Bukalah minda dan hati kita. Jangan butakan mata hati. Renungilah buat seketika. Ambil masa dalam 5 – 10 min untuk bermuhasabah diri. Jangan tunggu program mahupun aktiviti yang berorentasikan muhasabah baru nak menangis, baru nak bertaubat… kita mesti meyakini bahwa semua anugerah mahupun musibah itu adalah datangnya dari Allah. Sebagai seorang mukmin harus kita mengembalikan semua urusannya kembali kepada Allah, disertai dengan keyakinan bahwa di dalamnya pasti terkandung hikmah dan pelajaran. Jika kita tidak berbuat atau bersikap demikian maka seorang mukmin pasti akan menjadi stress dengan musibah mahupun apa yang ia perolehi tidak sama apa yang dia minta. Jangan kata tiada orang begini… InsyaAllah ada. Ana mengaku, ana sendiri pun begini dahulunya. Susah untuk ana menerima dan seringkali ana merungut dengan kehidupan yang tidak seindah remaja lain. Itulah yang terjadi jika kita memandang sesuatu peristiwa mahupun kejadian itu dengan mata yang terbuka tetapi hati yang buta. Erm…bagaimana tu? Tepuk dada tanyalah iman. Yang pasti apa yang kita lalui hari demi hari adalah suatu ujian. Baik atau buruk sesuatu ujian itu ia tetap memberi manfaat kepada diri kita bahkan insan – insan di sekeliling kita. Rasulullah saw bersabda, yang ertinya, “Sesungguhnya besar pahala sebanding dengan besarnya ujian. Bila Allah suka kepada suatu kaum maka mereka akan diuji. Jika mereka ridha maka Allah ridha dan bila dia marah maka Allah pun akan marah padanya.” (HR: Tirmidzi). Jangan pernah bersedih hati sekiranya permintaan kita lambat malahan diganti pula dengan suatu perkara yang menyakiti hati kita, namun akhirnya manis terasa. Rupa – rupanya ini semua ini adalah ujian. Bukan seperti ujian bertulis. Buat ulangkaji banyakkan latihan boleh jawab cemerlang dalam dewan periksa. Dapat anugerah dekan. Bagaimana pula dengan ujian KEIMANAN? Firman Allah “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah akan datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (QS: Al Baqarah: 214). Kita baru di uji sedikit dah bising. Tayar motor bocor, kecoh satu kampung.  

Terpulang lah kepada kita. Hendak bersabar atau nak buat kecoh. Kita memang tidak lepas dari rasa tidak puas hati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails