Thursday, January 7, 2010

SeGalaNYa adAlah UJIAN




Setiap orang di antara kita pasti suka merungut terutama perempuan. Kadang – kadang perkara kecik pun nak di keluh kesahkan. Jarang daripada kita menerima sesuatu dengan bijaksana mahupun berhemah atau berhikmah. Malas untuk berfikaran positif. Orang putih kata thinking positive. Sedangkan apa yang terjadi kepada diri kita mempunyai seribu satu rahsia tersembunyi yang mengandungi hikmah tersendiri. Mungkin ramai daripada antara kita pernah tahu mengenai kisah lelaki yang bersedih hati kerana dikurniakan kaktus dan ulat beluncas. Sedangkan dia meminta bunga yang indah dan rama – rama yang cantik. Tapi kenapa kaktus yang berduri dengan beluncas yang menggelikan diberikan kepadanya. Dia tidak meminta perihal ini. Tetapi alangkah terkejutnya si jejaka, kaktus berduri akhirnya menghasilkan bunga yang cantik dan beluncas bertukar kepada si rama – rama yang sangat menawan. Lihat kisah ini nampak simple namun mesej yang hendak di sampaikan menyuruh kita sebagai hambaNYA bersabar dan berbahagia dengan apa kurniaan Allah beri pada kita. Setiap daripada kita Allah tidak pernah mensia – siakan, apatah lagi menzalimi diri kita hambaNYA. Tetapi kita bagaimana? Berapa ramai di kalangan kita telah mensia – siakan diri sendiri terutamanya remaja masa kini. Kembali kepada kisah tadi, point yang hendak disampaikan adalah jangan pernah bersangka tidak baik kepada Allah dan JANGAN sesekali pun. Sedangkan Allah telah berfirman di dalam surah Al Hadid ayat 22 yang ertinya, “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfudzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Alloh.”. Bukalah minda dan hati kita. Jangan butakan mata hati. Renungilah buat seketika. Ambil masa dalam 5 – 10 min untuk bermuhasabah diri. Jangan tunggu program mahupun aktiviti yang berorentasikan muhasabah baru nak menangis, baru nak bertaubat… kita mesti meyakini bahwa semua anugerah mahupun musibah itu adalah datangnya dari Allah. Sebagai seorang mukmin harus kita mengembalikan semua urusannya kembali kepada Allah, disertai dengan keyakinan bahwa di dalamnya pasti terkandung hikmah dan pelajaran. Jika kita tidak berbuat atau bersikap demikian maka seorang mukmin pasti akan menjadi stress dengan musibah mahupun apa yang ia perolehi tidak sama apa yang dia minta. Jangan kata tiada orang begini… InsyaAllah ada. Ana mengaku, ana sendiri pun begini dahulunya. Susah untuk ana menerima dan seringkali ana merungut dengan kehidupan yang tidak seindah remaja lain. Itulah yang terjadi jika kita memandang sesuatu peristiwa mahupun kejadian itu dengan mata yang terbuka tetapi hati yang buta. Erm…bagaimana tu? Tepuk dada tanyalah iman. Yang pasti apa yang kita lalui hari demi hari adalah suatu ujian. Baik atau buruk sesuatu ujian itu ia tetap memberi manfaat kepada diri kita bahkan insan – insan di sekeliling kita. Rasulullah saw bersabda, yang ertinya, “Sesungguhnya besar pahala sebanding dengan besarnya ujian. Bila Allah suka kepada suatu kaum maka mereka akan diuji. Jika mereka ridha maka Allah ridha dan bila dia marah maka Allah pun akan marah padanya.” (HR: Tirmidzi). Jangan pernah bersedih hati sekiranya permintaan kita lambat malahan diganti pula dengan suatu perkara yang menyakiti hati kita, namun akhirnya manis terasa. Rupa – rupanya ini semua ini adalah ujian. Bukan seperti ujian bertulis. Buat ulangkaji banyakkan latihan boleh jawab cemerlang dalam dewan periksa. Dapat anugerah dekan. Bagaimana pula dengan ujian KEIMANAN? Firman Allah “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah akan datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (QS: Al Baqarah: 214). Kita baru di uji sedikit dah bising. Tayar motor bocor, kecoh satu kampung.  

Terpulang lah kepada kita. Hendak bersabar atau nak buat kecoh. Kita memang tidak lepas dari rasa tidak puas hati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails