Saturday, March 12, 2011

Kekecewaan???


Apabila kita menerima ketetapan-ketetapan Allah dengan penuh ikhlas maka akan terpadam rasa kekecewaan dan keresahan. 
Kegagalan tidak lagi kita rasa sebagai kegagalan. Kesusahan tidak lagi dirasai sebagai kesusahan.

Wednesday, March 2, 2011

Dia lebih baik dariku


Hati kecilku berbisik, gadis ni macam sombong. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, mungkin sahaja kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan mulia dariku..

Hati kecilku berbisik, nakal sungguh anak kecik ni. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, anak kecil ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan aku telah banyak berbuat maksiat kepada Allah. Sudah semestinya anak ini jauh lebih baik dari diriku.

Hati kecilku berbisik, banyak cakap sungguh orang tua ni. Menyakitkan hati betul. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu sahaja dia lebih baik dari diriku

Hati kecilku berbisik, berlagak sungguh. Macamlah pandai sangat. Astagfirullah. Wahai hati sedarlah engkau, Orang ini memperoleh anugerah ilmu yang tidak akan aku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah akuu capai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.

Hati kecilku berbisik, ahh takkan lah tak tahu couple tu haram? Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, Kerana dia jahil lah dia telah bermaksiat kepada Allah, sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.

Hati kecilku berbisik, dasar kafir, nerakalah tempatnya. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.

*teguran diri

Tidak kah kita mengambil peringatan?

`Rezeki lalat`

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).
(Surah Al Hajj ayat 73)

Tuesday, March 1, 2011

Biarkan saja


Bila kita diduga,
Dilanda pelbagai masalah bertubi-tubi,
Hingga tidak tertahan,
Air mata mengalir,
Allah jua tempat mengadu.

Hati yang sedih, pilu dan duka,
Pastikan terubat dengan dendangan muhasabah kesabaran,
Redha dengan kehendakNYA.
Payah namun ia nikmat sebenarnya...
Nikmat sabar yang menguatkan hati.

Hiburkan hati dengan kata-kata dibawah ini..
Mudahan sedikit sebanyak terasa kebahgiaan kepadaNYA.

Jika Allah hendak memberikan kebahgiaan kepada seseorang, 
ia tidak boleh bahkan dapat ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun,
Jika Allah menghalang kebahgiaan kepada seseorang, 
ia tidak boleh dan dapat dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah telah uruskan urusan kita, 
dan tidaklah Allah serahkan diri kita kepada kita sendiri hatta sekelip mata.

Dunia boleh berbuat apa-apa sahaja,
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.
Dunia boleh mengatakan apa sahaja,
tetapi mereka tidak akan berupaya melawan Allah,
Dunia boleh menuduh apa-apa sahaja,
tetapi mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa...
kerana Allah bersama dengan mereka yang sabar.

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas,
kita akan melihat kemenangan di sisi Allah.
Apa yang orang rasa rugi,
Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tidak sangka..
tetapi Allah boleh mengwujudkan keajaiban dalam kehidupan.

Biarkan sahaja apa mereka kata,
Biarkan sahaja mereka gembira dengan apa mereka fikir,
Biarkan sahaja mereka bahagia dengan apa mereka rasa,
Biarkan saja..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails