Monday, February 1, 2010

Checklist hari ini..


Agaknya berapa lama masa yang kita guna untuk mencerminkan diri di cermin? terutamanya golongan hawa…? Hari ini mari kita berkomentar sesame kita dari hati ke hati. Bukan hati orang lain, tapi hati kita sendiri.
1.      Senyuman?
Semalam agaknya berapa kali kita telah melebarkan senyuman kita? tetapi ada had dan sempadanya.. Seyuman itu penawar duka, tanda kemesraan namun jangan keterlaluan.. Adakala senyuman di salah ertikan. Senyuman itu banyak jenisnya macam ragam manusia. Nilai lah senyuman anda semalam dan hari mendatang. Jadilah senyuman itu sedekah. Jadilah ia sebahagian hidup anda agar dapat menceriakan orang – orang lain namun INGAT ada had dan Sempadannya.. Senyuman vs ketawa? sama atau berbeza…?  Takkan lah sama.. Ketawa pun boleh namun ada hadnya juga. Macam had kelajuan membawa kenderaan. Ini kerana, ketawa tanpa had akan melalaikan. Ketawa berlebih-lebihan terasa sangat asing di hati kita. Tak percaya boleh wat kajian… Terasa hati perit dan sempit.. Mana taknya, banyak ketawa, banyak menangis di akhirat kelak..

2.      Kesalahan
Berapa ramai di antara kita hari ini atau semalam menilai atau mengimbau semula kesalahan – kesalahan yang di lakukan semalam? Menginsafi setiap detik kesalahan.. Sebelum mata terlena, pusing kanan, toleh kiri, sambil – sambil memikirkan kesilapan diri. Dosa – dosa yang dilakukan. Semak balik diri kita. Kot – kot tadi ada mengumpat sahabat kita di dalam hati. Puji tidak mengapa, ni yang masalah benci sambil menyumpah kawan dalam peti hati. Itu yang menjadikan hati bertambah beban dengan titik hitam. Jika lama – lama kita simpan dan pertambahkan titik hitam ni, apa jadi agaknya? Conformlah hitam hati kita. gelap gelita. Mana ada cahaya nak terang. Maka matilah hati.. Perkara ini jika kita wat sambil lewa dan tidak ada etika untuk menjaga hati, berbahaya untuk masa akan datang. Hati tempat letaknya takwa, letaknya iman, letaknya diri dan jiwa kita. Bahkan banyak lagi benda interesting yang melibatkan hati. Akan dibincangkan di lain waktu dan masa. So wat checklist untuk diri sendiri secara peribadi. Untuk menyemak kembali entry hati kita. Bersihkan diri hati kita dari kotoran duniawi.
 “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri,
dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya
pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.”
 (QS: Al A’rof: 23)

3.      Sabar
Kita selalu pujuk orang lain bersabar jika ada diantara teman kita ditimpa musibah. Tetapi persoalanya sekarang sejauh mana kita bersabar jika hal yang sama menimpa diri kita. Pendek kata kita suka berteori je banyak.. Tepuk dada tanyalah iman.. Namun syukurilah nikmat sabar itu. Jika kita teruji atau diuji senyumlah wahai teman. Jangan berduka. Berbahagialah wahai temanku. Memang perit namun manisnya jika kita dapat bersabar.


“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira
kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’.”
(QS: Al Baqarah:155 - 156)

 
Terpulanglah bagaimana kalian melihat diri kalian.. Yang penting, sama - samalah kita bermuhasabah diri. Salinglah kita lengkap melengkapi.. Jika teman - teman berbahagia, ana lagilah berbahagia dengan kebahgiaan teman - teman.. Esok hari mendatang pasti berbeza dari ini. Jangan biarkan diri kita terperangkap dengan masa - masa silam yang mungkin dikala itu kejahilan telah menghambat diri kita. Ayuhlah kita berubah agar menjadi hambaNYA yang beriman dan bertaqwa. Jika tika ini ada niat untuk berubah menjadi lebih baik dari hari ini, bersegeralah melakukan perubahan. Janganlah ditangguh - tangguh untuk berbuat baik, apatah lagi amal solehmu...Kita tidak tahu jaminan usia kita ini. Entah esok latau usa...tidakpun seketika lagi.. Hayatilah, renungilah dirimu sedalam - dalamnya.. Tiada siapa dapat memaksa dirimu melainkan dirimu jua..Bukan diriku tetapi hanyalah dirimu. Mudahan Allah permudahkan usaha kita untuk menjadi lebih baik..InsyaAllah..





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails