Sunday, March 14, 2010

Beban Vs Bekalan

Agak lama juga rupanya ana menyepi di bulan Mac ini. sedikit sahaja penulisan di buat untuk entry ana. Masakan tidak, berlaku ketidakaturan pengurusan masa ana ketika ini. lebih banyak aktiviti tidak bermanfaat ana utamakan berbanding yang seharusnya. Alhamdulillah, namun demikian penulisan tesis ana telah disiapkan lebih awal dari jangkaan. Hanya tinggal persediaan untuk presentation projek sahaja lagi. Ermm…banyak lagi rupanya tugasan yang masih belum selesai. Mudahan, teman – teman sama2 mengambil iktibar agar menyiapkan sesuatu itu lebih awal. Jangan kalian suka menangguh barang sesaat pun. jika tidak, kalian juga yang merasa kesempitan masa tersebut. Kejadian masa 24 jam ini sememangnya amat mencukupi namun akibat kelalaian kita, masa tersebut tercicir entah ke mana. Mudahan kita sama2 dapat menguruskan masa kita dengan baik selepas ini.
**********************************************************************************
Hadirnya kita di dunia ini sebagai seorang hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa. Dipinjamkan jasad bahkan roh yang sementara. Dikembalikan hanya Allah swt sahaja yang mengetahui bila. Kita di dunia ini laksana pengembara dari satu tempat ke satu tempat persinggahan. Masakan tidak, destinasi terakhir kita adalah di akhirat sana. Dunia ini hanyalah sementara namun bekalan harus dicari sebanyak mungkin. Dalam pencarian di dunia ini sudah pasti banyak dugaan, ujian dan halangan. Ada yang bijak dan ada yang tergoda lalu terlalai malahan terleka. Disangkanya apa yang dilalui itulah dikatakan bekalan buat akhirat sana. InsyaAllah, pengembara yang bijak tidak akan tergoda dengan nikmat dunia yang sementara ini. Jiwanya dimantapkan dengan iman agar sentiasa berada dalam rahmat Allah. Mendambakan kecintaan seorang hamba kepada Yang Maha Esa.
Sebagai pengembara, kita harus bijak menggunakan Al Quran sebagai asas pengembaraan. Memanfaatkan kompas yang telah Rasullulah piawaikan buat kita. Semua ini di aturkan agar mudah di akhirat sana. Ana kongsi ayat yang agak menarik “Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Barangan yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala barangan BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana. Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan perjalanan.”
So sama2 kita fikirkan. Renung – renungkan… sebelum mata terlena, ingatlah masa yang kian berlalu.. Hidupkan hari – hari kita dengan muhasabah diri agar terus termotivasi dalam kehidupan ini sebagai seorang hamba.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails