Tuesday, May 18, 2010

To my beloved friends...


Friends, I try my best, my word,
Try to describe for these moment,
Try to make it become true,
Meaning friendship where is something to hold on to,
But for me that's not the case,
Cause I don't feel I need to keep
Something that can't be erased

What I have, surely I am sure
I have no doubt because with you
For what we've built, can't ever fail
it’s what I care about

Very hard to me to describe
This thing that we share
Especially when there's nothing else
That ever could compare

Those two words, known all over
Might as well be one
I'm sorry, it just can't be done

For you're the "U", and I'm the "S"
And forever that will be
Cause together we make "US", and so
YOU COMPLETE ME!!

Sunday, May 16, 2010

KEINGINAN CINTA ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU




Insan sepi kau dambakan seseorang,

Untuk menemani dan memenuhi kasih di hatimu,

Yang pasti kau tidak seperti dulu,

Telah jauh berubah dari sudut hatimu,

Kenapa tidak?

Dulu batasan hubungan kau jaga,

Ikhtilat kau peduli,

Namun kini kau berani bermain api!!

Kau sudah terlalu bebas,

Katamu entah kemana, jiwamu entah kemana,

Ingatkan kau seperti yang kau katakan,

Tetapi cakap serupa bikin,

Hati kau buta walaupun mata kau celik,

Kau tak tahu apa kau katakan,

Kau berselindung disebalik topeng wajah baikmu,



Satu persatu mula tersungkur,

Satu persatu tersepak,

Satu persatu mula kecundang,

Akhirnya kau salah seorang dari mereka,

Kau tersalah dalam mentafsir cinta,

Lisanmu kau ungkap cinta kerana Allah,

Namun perbuatan kau menyalahi syariat hubungan,

Tidak kau terasa perbuatan kau lagha?

Kau tidak pernah merasa tidak bukan?

Kerana kau merasa kau tidak berbuat salah…



Ingatlah kau dari sekolah mana,

Tetapi sekarang sekolah lantas tidak mempengaruhi pun,

Baik Cuma di luaran bukan pada amalan,

Apa tugas yang kau pegang sekarang?

Jangan kau lalai,

Menegakkan kalimah itu

Jangnlah leka,

Janganlah kau ikutkan nafsumu walaupun kau kata tidak,

Namun perbuatanmu itu menggambarkan  kehendak nafsumu,

Bukankah kau selalu mendengar nasihat ditempat pengajianmu?

Telah lupakah kau?

Semuanya?

Kan belum lama kau keluar darinya..

Jika kau tidak memikirkan DIA

Dalam melayani nafsu muda yang menggila

Letaklah DIA dalam hatimu

Penuhilah hatimu dengan cinta terhadapNYA

Bukan cinta kepada dia yang sementara

Yang digelar infatuations

Tidak bermakna

Cinta kepada dia

Jika membelakangkan DIA...
tiada kerugian
walaupun kau insan sepi,
kerana bahagia itu ada pada hati,
bilamana hati di dalamnya punya cinta hakiki,
Cinta yang abadi hanya padaNYA..

Tuesday, May 11, 2010

Kerana DIA

Perpisahan menyemarakkan lagi sebuah kerinduan, menghangatkan lagi sebuah hubungan. Aku berpisah keranaMu Tuhan, aku berjauhan kerana sebuah ikatan yang belum terjamin. Dia di bumi penghidupan, aku masih meneruskan perjalanan untuk sampai ke destinasi yg diimpikan. Perpisahan sementara walau dihujani duka nestapa, kelak kan ditaburi mawar mekar yang ceria, senyuman hati lega, pertemuan di hari bahagia, dengan izinMU Allah yg Maha Kuasa. Di sini satu pernantian, satu kenyataan dalam debaran di hati. Mendiamkan diri adalah lebih baik. Siapalah diri ini jika dibandingkan dengannya? Ya Allah, cukupkan cintaMU yang hakiki untukku.. Jangan hilangkan rasa kecintaanku padaMU, hanya cintaMU yang ingin kuraih..

Monday, May 10, 2010

KE MANA ARAH TUJU?SYURGA….? NERAKA….?


Alhamdulillah, syukur pada nikmat Allah kurniakan pada kita saat ini. Dipinjamkan jasad beserta roh yang sementara di dunia ini. Bila – bila masa sahaja kita akan kembali kepada Allah sama ada disedari atau tidak menuju ke salah satu daripada dua tempat yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.



Tatkala dan saat ini, kita sedang menuju arah yang kita pilih, mahu ke syurga ataupun neraka.. Di mana kita akan mempertimbangkan baik buruk kehidupan dan aktiviti kita perbuat. Allah menyediakan pada kita dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka. Mencari bekalan ataupun beban.. meringankan atau memberatkan timbangan.. menjadi baik atau sebaliknya.. Pilihan..



Kita sudah pun dikabarkan berkenaan keindahan dan nikmat berada di syurga bahkan berkenaan azab dan kengerian berada di neraka di dalam Al quran. Begitu jua melalui  hadith-hadith baginda Rasullulah yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini. Adakah kita masih tidak mampu untuk membuat pilihan dan menilai? Ramai di kalangan kita pada hari ini, inginkan syurga namun beramal dengan amalan penghuni neraka.. mengatakan rindu pada syurga, namun hati lebih condong kepada neraka. Ramai mengatakan benci maksiat tapi ramai pula yang bermaksiat. Ramai yang menangis namun kerana dunia, ramai yang menderma namun kerana nama, ramai yang bercinta namun kerana manusia, ramai manusia terkorban namun kerana pergaduhan,… Adakah ini dikatakan pilihannya adalah syurga?Renung - renungkan lah wahai teman. Pilihan kita adalah syurga, namun adakah amalan kita ke arah jejaknya syurga?



Allah telah mengurniakan nikmat akal yang membolehkan kita berfikir agar kita menilai baik buruk, kesan dan akibat dari segala perbuatan kita. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka... Seperti kata rumet ana, that is your choices.



Sementara kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi…Ringankan diri kita dalam menyebarkan kebaikan untuk perbaikan.. permulaanya, adalah bermula dari diri kita sendiri. Mari, kita guna masa yang ada ini untuk memuhasabahkan diri dan hati kita. Mudahan Allah pelihara dan memberi kemudahan pada kita dalam usaha menuju kepada kebaikan.

Tuesday, May 4, 2010

Duhai Hati..

Wahai diri,
Apa kau gusarkan?
Adakah kau tidak meyakini rencanaNYA buatmu?
Apa yang mengganggu jiwamu wahai diri?
kewangan?
Cinta?
Kedudukan kau di dunia ini?
Diri, jangan kau gusar dengan dunia ini, jangan kau takuti dengan ketandusan perbelanjaan.
Apa kau bimbang dengan ketetapan rezeki yang Dia tetapkan buatmu?
Usah kau bimbang akan jodohmu..
Teruskan sahaja berdoa, mudahan si dia dirahmati Allah.
Apa lagi wahai diri?
Kenapa kau suka menyempitkan fikiran dan membebankan hatimu?
Masa itu bukanlah menjadi ukuran penentu kejayaan, bukan juga banyaknya rahmat untukmu, bahkan bukan juga penentu segala penentu..
Kau rasakan kau semakin tua?
Sebab itu kau bimbangkan masa?
Bimbangkan masa yang kau bazirkan!
Bimbangkan apa yang telah kau perbuatkan!
Kerana masa akan tinggalkan kau walau sesaat pun.
Pergunakanlah masa kau sebaik – baiknya.
Perbaikilah masa yang kau miliki.

Wahai diri,
Kuatkan ingatan dan beringatlah sentiasa,
walau dimana pun kau berada, jangan sesekali kau abaikan matlamatmu menuju kepadaNYA,
walau ditakdirkan kau terpaksa mempertaruhkan hidupmu untuknya,
jangan sesekali kau berpaling untuk menuju selain dariNYA.
ingatlah janjimu untuk berjuang hanya untukNYA.
Masa depanmu tetapkanlah buatNYA..
Jangan kau jatuhkan diri ke lembah maksiat..
Jangan kau persiakan cinta hakikimu kerana cintakan dunia..
Labuhkan cintamu kepada yang ESA..
letakkan setinggi harapanmu hanya kepadaNYA.. dan jangan kau terpedaya dan leka bahkan lalai dengan janji manis LELAKI yang sengaja dilunakkan..
jatuhkanlah cintamu kepada yang mencintaiNYA..

Wahai diri,
Tahukah dikau?
Segolongan sufi selalu berkata sepanjang hidup mereka "Aku tidak akan berpaling oleh sifat kelemahanku yang mencari dunia, aku tidak akan memikirkan apa yang telah berlaku, bahkan pula hal yang akan berlaku, aku cuma fikirkan saat ini, adakah urusanku dengan DIA telah ku lunaskan atau berapa banyakkah kelalaianku dalam mengingatiNYA.."
Bagaimana pula diri engkau?
Bagaimana cara fikirmu?
Adakah telah ketandusan rasa fikirmu?
Ayuh bersegeralah menujuNYA..
Letakkan dunia itu di kakimu..
Julangkan akhirat di kepalamu..
Namun jangan dunia kau perkecilkan..
Kerana ia jalan menuju ke Akhirat..

Wahai diri,
Kau kena ingat,
Suatu perancangan itu adalah urusan Allah SWT, kita ini hanya merancang dan yang menentukan hanya Allah,
bagaimanakah kita mampu untuk mencampuri urusan DIA yang Maha Bijaksana dalam pentadbiranNYA. Hanya Dia yang memahami hambanya dalam merancana sesuatu hal, apakah kau tidak yakini DIA sedang merancanakan yang terbaik buat hambaNYA?
Kau kena redha akan ketentuanNYA..

Wahai diri,
Jadikan hatimu itu lubuk cahayaNYA yang merentasi setiap alam,
Jadikan ia rumah tempat Iman bertapak kukuh,
Jadikan hati kau sebersihnya,
Jagalah hatimu duhai diri,
Peliharalah dirimu itu,
Jangan jadikan diri kau angan – angan dalam menjadi muslimah solehah,
Tetapi realisasikan,
Berbuatlah wahai diri,
Lukiskan kebahgian di hati,
Kerna bahagia itu ada di hati (Aishah 2010)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails