Monday, June 14, 2010

Nikmatilah atas nilai usaha


Selagi belum pasti ia dalam genggaman, maka belum pasti ia akan menjadi hak kita. Bahkan apatah lagi jaminan seorang hamba kepada hamba. Memang benar, kita hanya berdaya merancang, dan yang menentukan adalah Allah. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah lebih baik dan jaminan yang sebenar yang berhak adalah jaminan Allah. Kita hanya lakukan apa yang kita rasakan betul. Walaupun mungkin bukan yang paling tepat. Kita menimbang – nimbang tawaran lalu menerima setelah merasakan itu yang terbaik di antara yang terbaik. Saat semua itu dalam perancangan dan terkawal, rasa kebahagiaan berbanding orang lain. Semuanya atas dasar meyakini akan kesudahan yang indah, sebaik apa yang dibayangkan.

Tiba-tiba berlaku apa yang harus berlaku. Yang telah termaktub dalam luh mahfuz.
Jaminan hamba kepada hamba telah menghampakan. Keyakinan itu kian beransur hilang. Jalan yang sebelum ini tampak lurus dan jelas, kini mulai kabur dan bersimpang-siur. Pilihan yang banyak dulu, terasa seperti gugur satu persatu. Jika dulu semuanya datang tanpa usaha, namun kini usaha itu diperlukan untuk memperolehi atas nikmat usaha. Kini, hanya melangkah dengan menunggu taqdir apakah yang menanti di hadapan. Jika baik harap tidak lupa diri. Jika buruk harap diperkukuhkan pendirian.

Dan saat itu semuanya kembali bermula dari kosong. Namun, teringat sebuah judul buku bertajuk zero to hero. Tetiba teringat pula slot jalan cerita kungfu Panda dimana ibrah disebalik perjalanan seekor ‘big panda’itu; kepercayaan pada diri sendiri, jangan merasa kecil pada keupayaan diri, dan jangan terlalu memandang atau membandingkan diri dengan orang lain. Angan – angan yang tidak disusuli usaha sudah pasti sia – sia malahan jatuh kepada perkara lagha. Mana mungkin kita melihat orang lain di dalam cermin sedangkan kita yang mengadap cermin itu. Semak semula tujuan hati dan menerima dengan hati yang redha kehendak Allah yang terbaik dalam aturanNYA.

Saturday, June 12, 2010

Rahsia malam



Sejak malam yang lalu dan malam tadi, terasa sukarnya untuk saya melelapkan mata. Banyak perkara yang kusut di minda ini. Banyak sudah berlaku perubahan pada diri ini. Astagfirullah.. “Tetapkan aku pada jalanMU ya Allah..”

Keletihan sangat terasa, sehingga mata sudah tidak mampu terlena. Namun, hakikatnya bukan mata yang lelah, tetapi “HATI’’

Segala urusan duniawi seakan mengalahkan keinginan untuk lebih mendekat kepada Yang Maha Esa. Ibadah sunnah sudah semakin jarang dijamah, ibadah fardhu sekadar menggugurkan kewajiban seorang hamba. Hidup terasa semakin kosong.. Sepanjang malam, terdetik di hati sampai bila harus begini. Bila lagi? Sejak peristiwa itu, hati terus terasa lalai. Jiwa memberontak. Takutnya kufur di jalanNYA..  Amat takut, jika mati dalam keadaan hati lalai mengingatiNYA.

“Ya Allah tunjukkan aku kembali ke jalanMu, jalan yang penuh dengan ketenangan dan kelembutanMu”

“Berdzikir aku, diiringi rasa menjelang pagi. Kuadukan semua masalah hidup, kepada sang Pemberi Hidup, kepada sang Pemberi Kemuliaan, kepadaMu yang Maha Pemberi Rezeki.
Dalam sekejap segala kegundahan mula luput bersama air mata yang kejatuhan. Dalam keheningan pagi, tafakur sendirian,…. kuperolehi kedamaian.

Hambamu yang merasa sederhana, kini merasa kaya akan kurniaMu. Hambamu yang merasa fana, kini merasa berhias mutiara kasihMu. Hambamu yang dhuafa, Kini merasa penuh dengan rahmatMu.

Ketika azan subuh mula kemundang, Semangat untuk berubah dan jihad melawan nafsu semakin menebal. “ Beri kan kekuatan padaku untuk menawan kota nafsu ini dengan jihad sebenarnya Ya Allah….”

Sebuah rahsiaMu telah terkuak di pagi ini.

Tiada lagi mimpi, bayangan, atau angan – angan…

Selamat tinggal!!!

Friday, June 11, 2010

Kenalkah kita dengan diri sendiri?


Ingin saya lontarkan pertanyaan. Sudahkah anda kenal diri anda? Mengenali diri sendiri adalah suatu perkara yang penting. Bahkan Rasullulah saw telah mengajarkan kita agar lebih banyak bercermin dan mengevaluasi diri sendiri, bukan untuk mencerminkan dan mengevaluasi orang lain. Namun, kini manusia lebih suka dan menyibukkan diri mencari aib orang lain bahkan mencela serta mencaci. Astagfirullah.. Tidak terjadi sekiranya kita kenal akan diri kita. Bagaimana Ibnu Qayyim mengatakan “barang siapa yang mengenali dirinya, ia akan sibuk untuk memperbaiki diri daripada sibuk mencari – cari aib dan kesalahan orang lain”.
Sebenarnya, amat sukar untuk kita benar – benar kenali diri kita sendiri berbanding kita mengenali diri orang lain. Apabila kita memahami diri sudah pasti kita tahu apa kehendak serta kemahuan kita perlukan. Memperbaiki kekurangan dan memanfaatkan kelebihan yang ada.
Misteri yang perlu diuraikan
Jiwa kita punya misteri yang tersembunyi. Yang jarang sekali kita mengenali dengan dekat dan menyingkapnya. Bilamana kita telah berjaya menawan diri kita, sudah pasti kita mengetahui kehendak hati dan mengawal kecenderungan kita terutamanya kepada arah yang kurang baik. Bahkan kita berupaya mencegah sebelum titik dosa merebak menyeliputi bahagian hati kita yang lain. Sebagaimana kata seorang ulama Makkah yang bernama Wuhaib bin Ward, “sesungguhnya diantara kebaikan jiwaku adalah pengetahuanku tentang keburukan jiwaku. Cukuplah seorang mukmin memelihara dirinya dari keburukan bila ia mengetahui keburukan jiwanya kemudian ia meluruskannya”. Nah, bagaimana pula kita wahai sahabatku? Telah berapa lama kita menyingkap jiwa kita itu?
Semoga Allah terus menguatkan pegangan kita pada jalanNYA. Itulah pentingnya kita mengenali diri kita. Agar kita memahami keadaan sebenar jiwa kita tatkala ini. Kadang – kadang kita merasakan kosong, barangkali selalu bahkan seringkali merungut kebosanan. Jiwa – jiwa yang baik, ayuh panjatkanlah doa padaNYa…
“Ya Allah kenalkan aku dengan diriku…”

Wednesday, June 9, 2010

Jejak Fikir seorang Hamba



Berada di suatu tempat yang bukan kita suka mungkin menjadikan kita tidak selesa bahkan merasa benci.. namun, pepatah melayu ada mengatakan, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.… Anda setuju atau tidak, terpulang kepada diri anda. Di sini saya cuba mengadaptasikan cara fikir kita sebagai seorang hamba. Tidak salah untuk merasai, melihat, menimba ilmu, mengkaji bahkan mencari ketenangan walaupun di lokasi yang tidak begitu sesuai… namun adakah kita telah lupa suatu perkara? Allah itu ada di mana – mana. Bahkan begitu juga dengan kita. Jangan membiarkan hati kita terhambat dengan suasana atau persekitaran. Membiarkan hati turut hanyut dan lalai dengan suasana seperti kata pepatah melayu yang disebut tadi. 
Ini adalah perkongsian dari saya. Tidak pernah saya menjangka saya akan berada di FUN FAIR. Tidak pernah menduga saya menjejakkan kaki di tempat yang dipenuhi dengan manusia yang dahagakan hiburan. Dan akhirnya pada usia tatkala ini, pertama kalinya saya berada di tempat itu. Bukan bersendirian tetapi ditemani sahabat merangkap rumet yang saya sangat cintai Aishah Suhaimi bersama dengan sebuah keluarga yang baik hati Cik Wan Hamzah bersama isterinya Kak Nor. Di awalnya, terbit rasa sesal di hati kerana menerima pelawaan Cik Wan sekeluarga, tapi akhirnya bertukar suatu nikmat muhasabah yang sangat mendalam di hati saya. Tiada keseronokan bahkan hiburan namun adalah manisnya iman itu saat bermain salah satu permainan di situ. Bagaimana tempat seperti ini yang mampu mengoyahkan iman namun telah menggoncang iman di hati saya?
Bagi saya, kuncinya adalah berfikir. Ya, rahsia itu ada pada semua ciptaan Allah SWT.
Sebenarnya, Ciptaan Allah SWT itu adalah nasihat.
Namun, ada satu kuncinya untuk menjadikan ciptaan Allah itu nasihat.
Yakni berfikir.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;”Surah Ali-Imran ayat 190.
Hanya manusia yang menggunakan akalnya sahaja yang mampu berfikir akan ciptaan-ciptaan Allah SWT. Saya hendak kita lihat, bahawa sebenarnya, sumber fikir itu ada di sekeliling kita. Hatta berada di tempat yang kita tidak sukai.   

Bagaimana cara fikir meninggalkan jejak muhasabah
Dua orang sahabat dalam perjalanan pekat malam, diiringi angin kencang, petir dan kilat di langit sehingga mencengkam rasa ketakutan dengan suasana seperti itu. Tiba – tiba salah seorang dari mereka tertawa kecil. Sahabat yang satu kehairanan lalu bertanya, “ Apa yang membuatkan kau tertawa sahabatku?” Ia menjawab, “Tidak kah kau lihat apa yang kita alami sekarang. Gelapnya malam. Deru angin kencang, kilat dan petir, semuanya adalah tanda – tanda kasih sayang Allah. Bagaimana dengan tanda – tanda kemarahan dan kemurkaanNYA?”
Lihat bagaimana alur fikir dua sahabat ini? Logiknya, mereka tidak lupa menyelit atau mengaitkan peristiwa dunia dengan iman. Pandangan dan perenungan mereka di dunia berorentasikan pada akhirat. Itulah kunci keimanan yang mewarnai jejak fikir yang bergetar jiwanya kerana Allah.

Peristiwa yang memuhasabahkan hamba
Peristiwa malam tadi di FUN FAIR, meninggalkan kesan jauh di sudut hati. Di saat mereka menjerit, terpekik – terlolong mungkin seronok mahupun takut atau gembira membuat saya tersenyum sendiri bahkan saat itu sempat berfikir jauh, terlalu jauh di kala itu. Hayunan yang perlahan pada awalnya, mula bergerak laju dan kencang. Seribu satu perasaan tika itu. Teringatnya mati, laungan jihad di Palestine dan sempat memikirkan tika tiba hari kiamat. Bagaimana rasanya diterbalikkan. Tetapi di kala tibanya kiamat, tidak ada masa untuk kita berfikir. Bagaimana al quran menggambarkan peristiwa kemusnahan itu.
Pada hari Kiamat akan terjadi peristiwa yang sangat dahsyat di mana bumi digoncangkan sedahsyat - dasyatnya dan gunung-ganang dihancur luluhkan (rujuk Surah Al-Waqiah : 4-5). Kejadian yang lebih dahsyat lagi ialah ketika mana mata manusia terbelalak ketakutan, di saat itu pula bulan telah hilang cahayanya, lalu matahari dan bulan dikumpulkan. Sehingga para manusia takut dan panik dan bertanya dalam hatinya," Ke mana lagi tempat untuk lari?" Padahal tidak ada tempat untuk mereka berlindung dan bukan main panasnya ketika itu ( Rujuk Surah Al-Qiyamah : 6-11)
Saat itu, terasa manisnya iman, terasa Allah terlalu dekat, bahkan sangat dekat. Ya Allah, tanamkan rasa syahid di hati dan mindaku, letakkan diriku dikalangan tujuh golongan yang mendapat naunganMU di akhirat kelak di jiwaku. Teruskan kecintaanku pada hamba yang mencintaiMU. Di saat permainan itu terbalik, sempat saya menyapa sahabatku Aishah Suhaimi di sebelah. Kami sama – sama tersenyum. Saya percaya dia punya hati dan minda yang berfikir dan terus berfikir ummah di kala ini. Kami sama – sama punya rasa. Semestinya suatu perasaan yang lain di kala orang lain sibuk menjerit... Bahkan saya sempat membayangkan perasaan saudara kita di Palestine, sukarelawan yang di hantar mengikut Misi LL4G terutamanya mereka yang ditawan di kapal MAvi Marmara. Ya, kemanisan iman itu terlalu indah. Saat permainan itu berhenti, saya merasakan terlalu kejap merasa kemanisan iman itu. Singkatnya masa yang dirasai di saat hati bersama Allah. Sampai – sampai permainan berhenti, saya dan Aishah Suhaimi mengeluh, “arrg kejapnya”. Bukan kerana kami seronok bermain tetapi seronoknya dan bahagia merasai nikmat iman dan Cinta itu. Bagaimana? Ya, kuncinya adalah cara fikir dengan akal kurniaan Ilahi!

Saturday, June 5, 2010

My wish for You...


I hope the days come easy and the moments pass slow,
and each road leads you where you want to go,
and if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
and if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' 'til you find the window,
if it's cold outside,
show the world the warmth of your smile,
but more than anything, more than anything,

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
your dreams stay big, your worries stay small,
You never need to carry more than you can haul,
and while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

I hope you never look back, but ya never forget,
all the ones who love you, in the place you left,
I hope you always forgive, and you never regret,
and you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
and always give more then you take.

But more than anything, Yeah, and more than anything,

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can haul,
and while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
your dreams stay big, your worries stay small,
You never need to carry more than you can haul,
and while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.
this is my wish
i hope you know somebody loves you
may all your dreams stay big
(Repeat)
(Chorus)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails