Tuesday, April 20, 2010

Cintai mencintai KERANA ALLAH



Pernahkah kita terfikir berkenaan kedudukan dua insan yang cinta mencintai kerana Allah? Bagaimana aspek pandangan kita selama ini? Pernahkah kita cuba mengerti? Merasai? Adakah menjadi kesalahan dalam mencintai? Rasullulah saw banyak menyebut berkenaan kedudukan dan darjat dua insan yang saling mencintai kerana Allah. Jangan salah tafsir pula ye.. CINTAI KERANA ALLAH.. bagaimana aspek cinta zaman sekarang? Ana kesian dengan anak muda sekarang. Menyalahgunakan istilah cinta tersebut. Kerana cinta mereka jatuh tersungkur diuji.. Mudahan Allah mencampakkan hidayah buat mereka dan memelihara rasa cinta kita dalam mencintai kerana Allah.

Diantara hadis berkenaan adalah kisah 7 golongan lelaki yang mendapat naungan oleh Allah di akhirat kelak. Mari kita sama – sama memerhati maksud isi hadis tersebut.

Hadis yang bemaksud:
"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi (keseorangan) lalu mengalir air matanya" (muttafaqun alaihi)

Subhanallah, inilah janji Allah pada kita hambaNYA. Terpulang kepada kita untuk menjadikan diri tergolong di dalam kalangan 7 golongan yang baik lagi terpilih. Meletakkan diri kita untuk berkasih sayang kerana Allah. Jika di dunia manusia mengharapkan pangkat, gelaran bahkan kurniaan oleh Raja – raja, namun di akhirat kelak, Allah swt memuliakan mereka yang berkasih sayang keranaNYA. Menganugerahkan suatu yang tidak tertanding di dunia ini. Terbit rasa sayu di hati bagaimana sayangnya Allah kepada kita. Memberi ganjaran dan bonus buat kita. Namun kita berpaling dari cintaNYA. Menagih cinta manusia secara berlebihan pula. Teman – teman, samalah kita memperingatkan diri kita. Terbitkan rasa takut di dalam diri kita akan perbuatan, perkataan, dan yang berkaitan agar kita sentiasa menyedari kelemahan diri kita sebagai hambaNYA. Sentiasa memuhasabahkan diri agar hati tidak leka dengan cinta dunia yang hanya sementara. Bersama – sama dengan sahabat yang baik agar terjaganya akhlak. Jika berada di kalangan sahabat yang kurang, maka akhlak kita lah yang memainkan peranan.

Bagaimana kita hendak menghidupkan suasana cintai mencintai kerana Allah? Hidup ini adalah satu ujian dan dugaan buat kita. Dan ujian yang sangat dekat adalah diri kita sendiri. Terdapat teman di dalam hati kita yang bernama nafsu. Jika nafsu tidak di ajar mengenali iman sudah pasti kita tersungkur dalam mencari cinta kerana Allah. Di antara salah satu yang sangat di sukai nafsu adalah rasa cinta. Kawan kepada nafsu pula adalah syaitan. Bukan suatu yang mudah untuk mencapai cinta kerana Allah namun tidaklah pula kesukaran untuk mendapatkannya. Rumah nafsu dan iman adalah hati. Untuk memahamkan nafsu, rumah perlulah dalam keadaan bersih. Iman sentiasa menyinari. Ada beberapa peringkat untuk kita menuju dan meraih cinta kerana Allah. Mereka yang berjiwa bersih akan melihat betapa hinanya dunia jika hendak berbanding keredhaan Allah. Teman – temanku, bagaimana pula kita melihat dunia ini? Ana tinggalkan persoalan tersebut buat teman – teman untuk memikirkan keberadaan kita selama ini. Mari sama – sama kita menilai cinta kita selama ini. Peliharalah asas cinta yang utama. Jangan membiarkan kecintaan itu di rosak oleh anasir cinta yang palsu. Hati dan jiwa dikaburi oleh neraka cinta. Hadirkanlah cinta mencintai kerana ALLAH.
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails