Tuesday, May 4, 2010

Duhai Hati..

Wahai diri,
Apa kau gusarkan?
Adakah kau tidak meyakini rencanaNYA buatmu?
Apa yang mengganggu jiwamu wahai diri?
kewangan?
Cinta?
Kedudukan kau di dunia ini?
Diri, jangan kau gusar dengan dunia ini, jangan kau takuti dengan ketandusan perbelanjaan.
Apa kau bimbang dengan ketetapan rezeki yang Dia tetapkan buatmu?
Usah kau bimbang akan jodohmu..
Teruskan sahaja berdoa, mudahan si dia dirahmati Allah.
Apa lagi wahai diri?
Kenapa kau suka menyempitkan fikiran dan membebankan hatimu?
Masa itu bukanlah menjadi ukuran penentu kejayaan, bukan juga banyaknya rahmat untukmu, bahkan bukan juga penentu segala penentu..
Kau rasakan kau semakin tua?
Sebab itu kau bimbangkan masa?
Bimbangkan masa yang kau bazirkan!
Bimbangkan apa yang telah kau perbuatkan!
Kerana masa akan tinggalkan kau walau sesaat pun.
Pergunakanlah masa kau sebaik – baiknya.
Perbaikilah masa yang kau miliki.

Wahai diri,
Kuatkan ingatan dan beringatlah sentiasa,
walau dimana pun kau berada, jangan sesekali kau abaikan matlamatmu menuju kepadaNYA,
walau ditakdirkan kau terpaksa mempertaruhkan hidupmu untuknya,
jangan sesekali kau berpaling untuk menuju selain dariNYA.
ingatlah janjimu untuk berjuang hanya untukNYA.
Masa depanmu tetapkanlah buatNYA..
Jangan kau jatuhkan diri ke lembah maksiat..
Jangan kau persiakan cinta hakikimu kerana cintakan dunia..
Labuhkan cintamu kepada yang ESA..
letakkan setinggi harapanmu hanya kepadaNYA.. dan jangan kau terpedaya dan leka bahkan lalai dengan janji manis LELAKI yang sengaja dilunakkan..
jatuhkanlah cintamu kepada yang mencintaiNYA..

Wahai diri,
Tahukah dikau?
Segolongan sufi selalu berkata sepanjang hidup mereka "Aku tidak akan berpaling oleh sifat kelemahanku yang mencari dunia, aku tidak akan memikirkan apa yang telah berlaku, bahkan pula hal yang akan berlaku, aku cuma fikirkan saat ini, adakah urusanku dengan DIA telah ku lunaskan atau berapa banyakkah kelalaianku dalam mengingatiNYA.."
Bagaimana pula diri engkau?
Bagaimana cara fikirmu?
Adakah telah ketandusan rasa fikirmu?
Ayuh bersegeralah menujuNYA..
Letakkan dunia itu di kakimu..
Julangkan akhirat di kepalamu..
Namun jangan dunia kau perkecilkan..
Kerana ia jalan menuju ke Akhirat..

Wahai diri,
Kau kena ingat,
Suatu perancangan itu adalah urusan Allah SWT, kita ini hanya merancang dan yang menentukan hanya Allah,
bagaimanakah kita mampu untuk mencampuri urusan DIA yang Maha Bijaksana dalam pentadbiranNYA. Hanya Dia yang memahami hambanya dalam merancana sesuatu hal, apakah kau tidak yakini DIA sedang merancanakan yang terbaik buat hambaNYA?
Kau kena redha akan ketentuanNYA..

Wahai diri,
Jadikan hatimu itu lubuk cahayaNYA yang merentasi setiap alam,
Jadikan ia rumah tempat Iman bertapak kukuh,
Jadikan hati kau sebersihnya,
Jagalah hatimu duhai diri,
Peliharalah dirimu itu,
Jangan jadikan diri kau angan – angan dalam menjadi muslimah solehah,
Tetapi realisasikan,
Berbuatlah wahai diri,
Lukiskan kebahgian di hati,
Kerna bahagia itu ada di hati (Aishah 2010)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails