Monday, January 11, 2010

Ketenangan Hati



 Pernahkah kita merasa ketidakpuasan hati? Asyik merungut jika mula terbeban dengan banyak kerja, assignment, masalah – masalah yang kita hadapi saban hari sehingga kita mula merasa tidak bahagia dengan kehidupan yang di lalui. Tidakpun masalah kewangan, masalah dengan kawan – kawan yang tidak memahami diri kita atau lain – lain boleh dikatakan masalah buat kita. Ermmm… mari kita ikut satu kisah yang ana petik dari perihal Abu Nawas.
Kisahnya bermula apabila seorang lelaki datang mengadu masalah yang dihadapinya kepada kawan Abu Nawas. Masalanya agak dikatakan rumit sehingga kawan si Abu nawas tidak mampu untuk menyelesaikan masalah lelaki tersebut. Masalah lelaki ini adalah dia tidak merasa bahagia kerana mempunyai rumah yang sempit yang diduduki oleh dirinya bersama dengan isteri dan lapan orang anaknya. Hanya di sebabkan masalah tersebut lelaki ini merasakan terlalu rumit hingga telah membebankan diri dan perasaanya. Agak kesian juga lah lelaki ini. Kawan Abu Nawas menyarankan lelaki tersebut menemui Abu Nawas. Lelaki tersebut pun pergi menemui Abu Nawas dan kebetulan ketika itu Abu Nawas baru sahaja selesai mengaji. Diceritakan lah masalahnya kepada Abu Nawas. Di wajah lelaki tersebut tiada langsung riak ceria malahan dalam keadaan yang berdukacita. Harapanya mudahan Abu Nawas berupaya menyelesaikan masalah nya itu.

Selesai je lelaki tersebut menceritakan masalahnya, Abu Nawas meminta lelaki tersebut menyediakan seekor kambing biri – biri dan menempatkan kambing tersebut di dalam rumah milik lelaki tersebut. Lelaki tersebut tanpa membantah mengikut suruhan Abu Nawas. Beberapa hari selepas itu, lelaki tersebut datang semula menemui Abu Nawas dengan muka yang lagi sedih berbanding pada hari sebelumnya.
‘Wahai Abu Nawas, aku telah menuruti suruhan mu menempatkan Kambing biri – biri di dalam rumah ku namun rumah ku bertambah sesak dan lebih buruk daripada sebelum ini.”
Namun Abu Nawas menyarankan agar lelaki itu menempatkan Itik di dalam rumah milik lelaki terbabit. Lelaki itu menuruti saranan Abu Nawas. Selang beberapa hari lelaki terbabit datang menemui Abu Nawas.
“Wahai Abu Nawas, aku dan keluargaku sudah tidak betah untuk tinggal dirumah miliki itu. Terlalu ramai penghuni. Kami terasa terseksa.” Kata lelaki tersebut dengan muram.
“Kau belikan anak unta dan tempatkanlah ia di rumahmu.” Saranan Abu nawas.
Lelaki tersebut tanpa membantah menuruti suruhan Abu Nawas dan menempatkan anak unta di dalam rumahnya. Beberapa hari selepas itu, lelaki tersebut datang menemui Abu Nawas dan berkata;
“Wahai Abu NAwas, tahukah engkau rumahku sekarang kurasa seperti di neraka. Keadaan di dalamnya lebih menggerunkan dari sebelum ini. Kami sekeluarga sudah tidak tahan untuk tinggal bersama dengan binatang – binatang tersebut.” Jelasnya dengan putus asa. Bagaikan tiada jalan baginya untuk mengatasi masalah tersebut.

Abu Nawas senyum memandang lelaki tersebut. Dia menyarankan agar lelaki tersebut menjual anak unta. Tanpa banyak soal lelaki tersebut pulang ke rumahnya dan menjual anak tersebut. Selang beberapa hari, Abu Nawas mengunjungi lelaki terbabit dan bertanya mengenai keadaan lelaki tersebut. Di raut wajah lelaki itu mengambarkan kekurangan masalah yang dihadapinya. Abu Nawas menyarankan agar lelaki tersebut menjual itik, diikuti dengan kambing biri – biri secara berasingan. Akhirnya lelaki terbabit berkata;
“Kami merasakan rumah kami bertambah luas karena binatang-binatang itu sudah tidak lagi tinggal bersama kami. Dan kami sekarang merasa lebih berbahagia daripada dulu. Kami mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepadamu hai Abu Nawas" kata orang itu dengan wajah berseri-seri.
Nah, apa ibrahnya? Boleh fikir dengan akal kalian sekarang.. bagaimana rumah yang sempit akhirnya menyenangkan lelaki terbabit. Rumahnya tidak berubah sama sekali. Tetap rumahnya yang dahulu… ermmm… kenapa?
 "Sebenarnya batas sempit dan luas itu tertanam dalam pikiranmu. Kalau engkau selalu bersyukur atas nikmat dari Tuhan maka Tuhan akan mencabut kesempitan dalam hati dan pikiranmu." kata Abu Nawas
menjelaskan. Dan sebelum Abu Nawas pulang, ia bertanya kepada orang itu,
"Apakah engkau sering berdoa ?"
"Ya." jawab orang itu.
Ketahuilah bahwa do'a seorang hamba tidak mesti diterima oleh Allah namun  Allah membuka pintu pemahaman kepada engkau ketika Dia tidak memberi engkau, maka ketiadaan pemberian itu merupakan pemberian yang sebenarnya."
 Begitu jugalah perihal diri kita. Semua itu akan menjadi mudah kiranya kita berfikiran positif dan mensyukuri nikmat Allah beri. Ada di kalangan kita sering merungut assignment banyak, laporan melambak, tiada masa dan lain – lain. Jika kita asyik fikir banyak, bila nak siap? Fikir susah… maka jadi susahlah hal tersebut walaupun perkara itu mudah hakikat sebenarnya. Ramai orang suka berkata – kata tapi nak berbuat tu tak banyak. Jangan kita bandingkan diri kita dengan orang yang lebih baik dari kita dalam aspek nak buat kerja, tetapi bandingkan diri kita dengan orang yang langsung tak buat kerja… baru kita akan nampak kemajuan diri kita. Buat apa asyik nak kata diri tak pandai, miskin, tak berduit macam orang lain. Kita sering dengar orang kata open mind… tetapi hakikatnya open heart… buka kita punya hati ni hah. Operate hati kita. Tengok hati kita. Terpulanglah kepada kita hendak berbuat bagaimana. Apa – apa hal, hati mesti kena jaga. Mudahan kisah tadi memberi ibrah kepada kalian.
Allah mempermudahkan. Jika seorang manusia memilih beriman kepada Allah, Dia akan mempermudah pilihan itu. Semua jalan untuk itu akan dibuka lebar dan dipermudahkan. Apabila orang memilih jalan untuk beriman dan bertakwa kepada Allah, Dia akan mempermudah pilihan itu, sehingga dia menjadi orang yang paling bertakwa. Jika seorang manusia memilih bermaksiat kepada Allah, Dia juga akan mempermudah pilhan itu. Yang ahli dalam hal ini adalah Iblis dan syaitan-syaitannya. Maka Allah akan mengirimkan mereka kepada orang itu agar pilihan itu semakin mudah, sehingga kemaksiatan yang dipilihnya akan semakin menyesatkan dan sampailah dia pada derajat orang yang paling durhaka atau paling zalim. Kita memang akan sentiasa ada pilihan. Terpulang kepada kita untuk memilih. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails