Monday, May 10, 2010

KE MANA ARAH TUJU?SYURGA….? NERAKA….?


Alhamdulillah, syukur pada nikmat Allah kurniakan pada kita saat ini. Dipinjamkan jasad beserta roh yang sementara di dunia ini. Bila – bila masa sahaja kita akan kembali kepada Allah sama ada disedari atau tidak menuju ke salah satu daripada dua tempat yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.



Tatkala dan saat ini, kita sedang menuju arah yang kita pilih, mahu ke syurga ataupun neraka.. Di mana kita akan mempertimbangkan baik buruk kehidupan dan aktiviti kita perbuat. Allah menyediakan pada kita dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka. Mencari bekalan ataupun beban.. meringankan atau memberatkan timbangan.. menjadi baik atau sebaliknya.. Pilihan..



Kita sudah pun dikabarkan berkenaan keindahan dan nikmat berada di syurga bahkan berkenaan azab dan kengerian berada di neraka di dalam Al quran. Begitu jua melalui  hadith-hadith baginda Rasullulah yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini. Adakah kita masih tidak mampu untuk membuat pilihan dan menilai? Ramai di kalangan kita pada hari ini, inginkan syurga namun beramal dengan amalan penghuni neraka.. mengatakan rindu pada syurga, namun hati lebih condong kepada neraka. Ramai mengatakan benci maksiat tapi ramai pula yang bermaksiat. Ramai yang menangis namun kerana dunia, ramai yang menderma namun kerana nama, ramai yang bercinta namun kerana manusia, ramai manusia terkorban namun kerana pergaduhan,… Adakah ini dikatakan pilihannya adalah syurga?Renung - renungkan lah wahai teman. Pilihan kita adalah syurga, namun adakah amalan kita ke arah jejaknya syurga?



Allah telah mengurniakan nikmat akal yang membolehkan kita berfikir agar kita menilai baik buruk, kesan dan akibat dari segala perbuatan kita. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka... Seperti kata rumet ana, that is your choices.



Sementara kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi…Ringankan diri kita dalam menyebarkan kebaikan untuk perbaikan.. permulaanya, adalah bermula dari diri kita sendiri. Mari, kita guna masa yang ada ini untuk memuhasabahkan diri dan hati kita. Mudahan Allah pelihara dan memberi kemudahan pada kita dalam usaha menuju kepada kebaikan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails