Sunday, March 28, 2010

Hatinya di bawa pergi...


Masa berlalu dengan pantas,
Silih berganti tanpa ditangguh,
Aduhai telah hampir tamat pengajian,
Selepas ini beralih arah pula,
Tinggal kenangan saat di sini,

NAmun,
Inilah takdir,
Tidak dirinya minta di sini namun di sini jua pilihanya pertama,
Penghijrahan perlukan pengorbanan,
Berhijrah kerana Allah dan rasulNYa,
Alhamdullilah,
Kerana di sinilah bermulanya langkah,
Kenal erti hidup,
Tarbiyyah,
Sahabat,
Ukhwah,
Ketenangan sebagai hamba,
Siapa sangka si gadis pendiam itu mula petah bercakap,
Siapa tahu dia rupanya punya hati,
Bersahabat dan berkawan seperti orang lain,
Bukan untuk bersendiri,
Mencari sirna kehidupan,
Walaupun masih ada lagi sisa jahilliyah pada dirinya,
Mudahan tidak disini sahaja Dia akan terbimbing,
Mudahan kekuatan bersama dengannya,
Kerana dia akan kembali ke tanah airnya,
Di mana kurangnya perhatian pada agama,
Dugaan terbesar dalam dirinya,
Godaan di kalangan mereka yang berilmu,
Mereka yang terlampau ekstrem dalam pelajaran,
Mengejar status,
Mudahan dia kuat, tabah, terpelihara dirinya daripada melakukan maksiat,
Daripada kelalaian dalam mengingati Allah,
Moga perjalanan seterusnya membawa keberkahan,
membantu saudaranya yang lain..


Saturday, March 27, 2010

Sendirian


Di saat sendirian,
Terasa keasingan dan kesunyian selaku manusia,
Namun sebagai hambaNYa, itulah nikmat ketenangan,
Kenapa tidak?
Kesunyian itu mendekatkan lagi si hamba kepada Tuhannya..

Seorang temanku pernah berkata,
Carilah masa untuk kita bersendiri,
Diam seketika, kurangkan bercakap, renungi kehidupan sendiri,

SubhanaAllah, tatkala itu
Nikmat sebagai hamba terasa disayangi,
Di saat kita sendiri,
Rasa seperti disisih dari kehidupan
Namun tidak di sisi Ilahi,
Ketenangan,
Hanyut dalam mengingati dosa – dosa lalu,
Terbayang – bayang azab Allah di akhirat kelak,
Rasa ketakutan menyelubungi jiwa seorang hamba…
Tertunduk dengan suatu perasaan yang sukar digambarkan…
Ya Allah ampunilah dosa – dosaku wahai Tuhan..

Ada masanya,
Jiwa dan hati kita ini perlu di ajar erti sepi,
Sepi dengan riuhnya dunia,
Namun tidak sepi dalam mencari keredhaan Allah…
Merintihlah duhai hati,
Rintihan dengan penuh sayu..
Bukan suatu paksaan untuk bertaubat,
Tetapi suatu perasaan sayu dari hati seorang hamba…
Hamba kepada Allah swt..
Ketenangan demi ketenangan menyapa..
Ketenangan yang utama datangnya dari diri dalam mengingati Allah…
Hanya mengingati Allah akan menjadi tenang..

Isilah masa hanya seketika dengan muhasabah hati,
Renungi kehidupan sebagai hamba..
Telah dicarikah bekalan di sana kelak?
Telah bersediakah kita?
Telah merasa cukupkah kita dengan apa yang di miliki sekarang?
Telah berusahakah kita dalam memperbaiki diri?

Ya Allah, terimalah segala amal baik kami dan perbaikilah amal perbuatan kami. Ya Allah, ampunilah segala perbuatan keji kami terhadap ahli - ahli syurga..

Sunday, March 14, 2010

Beban Vs Bekalan

Agak lama juga rupanya ana menyepi di bulan Mac ini. sedikit sahaja penulisan di buat untuk entry ana. Masakan tidak, berlaku ketidakaturan pengurusan masa ana ketika ini. lebih banyak aktiviti tidak bermanfaat ana utamakan berbanding yang seharusnya. Alhamdulillah, namun demikian penulisan tesis ana telah disiapkan lebih awal dari jangkaan. Hanya tinggal persediaan untuk presentation projek sahaja lagi. Ermm…banyak lagi rupanya tugasan yang masih belum selesai. Mudahan, teman – teman sama2 mengambil iktibar agar menyiapkan sesuatu itu lebih awal. Jangan kalian suka menangguh barang sesaat pun. jika tidak, kalian juga yang merasa kesempitan masa tersebut. Kejadian masa 24 jam ini sememangnya amat mencukupi namun akibat kelalaian kita, masa tersebut tercicir entah ke mana. Mudahan kita sama2 dapat menguruskan masa kita dengan baik selepas ini.
**********************************************************************************
Hadirnya kita di dunia ini sebagai seorang hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa. Dipinjamkan jasad bahkan roh yang sementara. Dikembalikan hanya Allah swt sahaja yang mengetahui bila. Kita di dunia ini laksana pengembara dari satu tempat ke satu tempat persinggahan. Masakan tidak, destinasi terakhir kita adalah di akhirat sana. Dunia ini hanyalah sementara namun bekalan harus dicari sebanyak mungkin. Dalam pencarian di dunia ini sudah pasti banyak dugaan, ujian dan halangan. Ada yang bijak dan ada yang tergoda lalu terlalai malahan terleka. Disangkanya apa yang dilalui itulah dikatakan bekalan buat akhirat sana. InsyaAllah, pengembara yang bijak tidak akan tergoda dengan nikmat dunia yang sementara ini. Jiwanya dimantapkan dengan iman agar sentiasa berada dalam rahmat Allah. Mendambakan kecintaan seorang hamba kepada Yang Maha Esa.
Sebagai pengembara, kita harus bijak menggunakan Al Quran sebagai asas pengembaraan. Memanfaatkan kompas yang telah Rasullulah piawaikan buat kita. Semua ini di aturkan agar mudah di akhirat sana. Ana kongsi ayat yang agak menarik “Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Barangan yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala barangan BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana. Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan perjalanan.”
So sama2 kita fikirkan. Renung – renungkan… sebelum mata terlena, ingatlah masa yang kian berlalu.. Hidupkan hari – hari kita dengan muhasabah diri agar terus termotivasi dalam kehidupan ini sebagai seorang hamba.

Thursday, March 11, 2010

BERMULA DARI DIRI SENDIRI!!


Melihat keadaan kita sekarang ini, titik perubahan dari keamanan kepada kekacauan, di mana ana katakan sebagai titik tolak dari kerosakan akhlak. Masakan tidak, ramai anak muda sudah tidak peduli dengan nilai – nilai moral. Statistik peningkatan jenayah boleh di lihat hari demi hari. Pelbagai kekejaman berlaku di mana – mana. Fitnah menfitnah, rogol, buang anak, cerita hantu, kurafat diterbitkan bermaharajalela, adegen tayang menayang tubuh secara langsung  di bahan media, dan banyak lagi. Di sini Ana malas hendak mengulas kejadian perilaku bagaimana. Kita telah sedia maklum akan situasi – situasi begini. Manusia sesama manusia sudah tidak dihormati lagi apatah saling hormat – menghormati. Masakan tidak kejahilan zaman sekarang boleh ana katakan lebih jahil di zaman terdahulu. Kiranya dahulu, semasa zaman kejahilan, mereka hanya membunuh anak perempuan sahaja. Namun kini apa sudah terjadi? Gamaknya mereka sanggup membunuh tidak kira anak lelaki mahupun perempuan. Sesuatu yang sangat biadab pun, yang tampaknya tidak mungkin dilakukan oleh orang-orang terdahulu, namun dilakukan oleh manusia sekarang. Indeks akhlak kian merosot malahan menjadi sesuatu yang tiada maknanya lagi. Ada yang terkini, tiada lagi sifat malu mahupun takut. Up to date di katakan. Artis zaman sekarang, ana tak nak sebut dan cerita. Kalian boleh melihat sendiri. Namun akhirnya, anak muda remaja kian hanyut dan terus hanyut di alam fantasi. Mudahan Allah memberi petunjuk dan hidayah buat kita dan mereka semua. Ana kasihan kepada adik – adik seawal usia 4 tahun telah di ajar menjadi penyanyi, penari, pelakon dan pendek kata di pentas fantasi. Apa sudah jadi dengan pemikiran ibu – ibu dan bapak – bapak kita sekalian? Mudahan kita yang bakal menjadi isteri@suami@ibubapa telah bersedia menuju alam pembentukan keluarga yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mendidik anak dengan ajaran islam yang sebenar bukan sekadar mewariskan keislaman buat mereka. Kebanyakan perilaku mereka benar - benar menentang dan berlawanan dengan yang dinyatakan di dalam al quran. Lihat sahaja ada ramai yang tanpa segan silu meninggalkan solat apatah lagi yang mengabaikan dengan melambat-lambatkan untuk bersolat. Dan apa nak jadi pada orang yang terdekat, hendak menegur merasa malu dan lebih teruk lagi ada yang beranggapan itu hak peribadi terpulang untuk solat atau tidak.
Manusia ini pelbagai ragam. Paling terkini, ada ramai yang pandai dan bebas bercakap mengenai hukum, itu salah, ini betul. Berpidato dan berucap ke sana kemari berbicara mengenai kebaikan, padahal apa yang diucap dia sendiri tidak berbuat apatah lagi rupanya dia turut menyumbang kepada perkara negatif terbabit. Sudah jelas lagi berlampu, perkara ini ada disentuh dan disebut di dalam Al quran mengatakan Allah swt murka terhadap orang yang hanya berkata sesuatu tetapi yang tidak dikerjakannya. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. (QS.As Shaf, 61:3). Hal ini sudah menunjukkan kesimpulan pada kerosakan di zaman alaf ini. Namun, sebagai umat yang hanif, sudah pasti hatinya selalu condong kepada kebaikan dan perbaikan. InsyaAllah, mudahan Allah memelihara dan memberi petunjuk serta hidayah buat kita dan seluruh generasi islam terutamanya muda mudi.
Kita yang ingin kebaikan ini, tidak seharusnya menyesali dan hanya selaku pelakon, ayuh kita bangkit. Islam menganjurkan kepada umatnya untuk menjadi pembaharu, agen perbaikan, orang yang saleh dan muslih, orang yang baik dan mengajak ke arah kebaikan. Bahkan tidak kurang 29 empat puluh kali Allah SWT mengulang tentang kewajiban berbuat baik ini. Di antaranya, ‘berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang berbuat kerusakan. (QS. Al Qashash [28]:77).’ Dan kewajiban berbuat baik ini, melakukan perbuatan ke arah perbaikan ini merupakan kewajiban individu.
Renungan kita bersama hari ini, mestikah kita mulai dari diri kita sendiri?
Mestinya sekarang kita bertanya kepada diri sendiri. Apakah kebaikan yang sudah kita lakukan
hari ini? Apakah usaha kita untuk memperbaiki keadaan ini? Adakah perilaku hidup kita termasuk dalam kategori kerosakan? Kalau ada, kita mesti menghentikannya agar kita tidak menjadi penyumbang terhadap kerosakan yang lebih parah. Inilah beberapa pertanyaan yang biasa kita mesti tanyakan kepada diri sendiri!!
************************************************************************************
Afwan, agak lama ana menyepi dan membiarkan entry ini tidak di update. Kebelakangan ini ana dihimpit dengan masa yang kian memburu. Al kisahnya, ini merupakan minggu – minggu genting dan kritikal. Assignment, presentation, FYP, tesis, final draft, pameran, poster, test, video…. Dan perapian masa dengan terperinci. wahh..seperti makan besar yang cukup meriah. Persediaan hari seterusnya untuk menyambut ketibaan hari berbahagia iaitu FINAL EXAM…
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails