Tuesday, December 29, 2009

Bermulanya penghijrahan diri


In the name of God, most Gracious, most Compassionate
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha mengasihani

Hari ini permulaan dalam menulis blog. Ingin belajar dan berkongsi ilmu pada sahabat - sahabat di luar sana. Ana rasa terpanggil ingin membantu teman - teman. Ya, ingin membantu mereka yang memerlukan teman dalam curahat (meluahkan isi hati), mereka yang ingin merubah sikap dari yang kurang baik kepada lebih baik kerana ana dahulunya adalah seperti itu. Fikrah manusia itu dilahirkan didalam keadaan bersikap baik. Percaya dan yakinlah, kita mampu berbuat jika kita ingin berubah. Pertamanya, hendaklah kita perbetul niat kita bersama. Kita tidak akan hidup kekal di dunia ini. Cukuplah selama ini kita telah perbuat banyak dosa. Hitunglah masa kita masih tinggal ini. Hanya tinggal seketika. Janganlah kita menjadi mereka yang rugi. Terus rugi dan rugi....

Ana bersedia membantu saudara - saudara di luar sana. Jika selama ini kita sangat berdaya saing dalam mencari ilmu apalah salahnya kita singgah sebentar dalam merenungi diri kita di akhirat kelak. Cukupkah bekalan yang dibawa? Takut sekali jika mengingati mati... Bagaimana dengan sahabatku di luar sana? Sanggupkah kalian dipertanggungjawabkan di depan Allah kelak?Seringkali di dada akhbar tertulis berita mengenai buang bayi, rogol, cabul... Siapa lagi yang ingin berubah jika bukan diri kita. Kita mulakan dengan niat yang baru sentiasa diperbaharui setiap detik.. Ana yakin setiap dari kita ingin berubah cuma kurangnya tekad, keyakinan, dan penerimaan orang lain. Sahabatku, ceteknya pemikiran kita.. lupakah kita dengan Pencipta kita yang agung? Yang sentiasa melindungi diri kita saban waktu tidak pernah ditinggal walaupun sedetiknya diri kita. Cikit sekali kita ingin mensyukuri nikmat. Kadang - kadang, kerana terlampau mengejar dunia kita semakin jauh, alpa, terus lalai. Hanyut dengan dunia ini. Di manakah hala tuju kita selepas ini..?

Janganlah kita hanya memikirkan keadaan kita di saat ini sahaja, fikirlah keadaan kita di hadapan Allah kelak. Berubah walaupun sedikit. Ana mendoakan kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah. Mudahan Allah menjadikan kita generasi yang beriman kepadaNYa. Islam di amal bukan hanya pada nama kita islam tetapi kerana islam adalah cara hidup. Tanyalah pada diri kita telah sebanyak mana kita mensyukuri nikmat Allah sedangkan nikmat terbesar yang telah Allah anugerah buat kita adalah ISLAM dan IMAN... marilah kita sama - sama memanjatkan doa kepada Ilahi...





"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman.
Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails