Showing posts with label PERINGATAN. Show all posts
Showing posts with label PERINGATAN. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Dia lebih baik dariku


Hati kecilku berbisik, gadis ni macam sombong. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, mungkin sahaja kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan mulia dariku..

Hati kecilku berbisik, nakal sungguh anak kecik ni. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, anak kecil ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan aku telah banyak berbuat maksiat kepada Allah. Sudah semestinya anak ini jauh lebih baik dari diriku.

Hati kecilku berbisik, banyak cakap sungguh orang tua ni. Menyakitkan hati betul. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu sahaja dia lebih baik dari diriku

Hati kecilku berbisik, berlagak sungguh. Macamlah pandai sangat. Astagfirullah. Wahai hati sedarlah engkau, Orang ini memperoleh anugerah ilmu yang tidak akan aku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah akuu capai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.

Hati kecilku berbisik, ahh takkan lah tak tahu couple tu haram? Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, Kerana dia jahil lah dia telah bermaksiat kepada Allah, sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.

Hati kecilku berbisik, dasar kafir, nerakalah tempatnya. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.

*teguran diri

Tidak kah kita mengambil peringatan?

`Rezeki lalat`

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).
(Surah Al Hajj ayat 73)

Tuesday, November 23, 2010

I LOVE ALLAH



I love Allah
Just like I love my Salah,
and people say MashAllah,
I just want to thank you Allah,
For everything you’ve given me,
I don’t want to be ungrateful,
or sinful.

You see people are asleep,
and don’t even wake up to the beep of fajr
to claim the ajar !!
How can one be so ignorant to the Prophet’s message?
so simple to decipher,
imagine all that knowledge,
to pass to your brothers,
your sisters, your friends,
now it all depends.
If you’re going to take heed,
or you going to mislead,
your fellow Muslims,
the end is so close,
so dispose of your sins,
and leave them in the bins,
this is where your new life begins,
and one step closer to the Sirat-ul-Mustaqeem,
so lets redeem ourselves,
and remember Islam isn’t downstream or a dream,
or even mainstream,
build up your self esteem,
get on the prayer mat,
and pray your salah,
and do taubah,
to Allah!
remember this ain’t no nursery rhyme,
this is just a reminder,
for you to put in your books as a Binder.

Shiraz Zeria (Manchester)
03-05-2009

Saturday, August 7, 2010

Gambar yang berkata

Borak Ramadhan. Tapi adakah kita telah bersedia untuk berpuasa atau hanya sekadar berlapar?





Persediaan kita kepadaNYA
Kedatangan Ramadhan yang dinanti


Friday, July 23, 2010

Cukup halus tatkala menghayati seni tarbiyah Allah swt yang sebenar. Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan Ujian dan musibah. Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya akan menimbulkan keinsafan dalam diri. Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. Inilah Tarbiyah Allah s.w.t. TarbiyahNYA menyemarakkan iman seseorang. Hatinya yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu pada Allah swt. Apabila akal menjadi ukuran penilaian kaifiyat tarbiyah Allah, sudah pastilah seseorang itu merasa dirinya tidak berguna, kecewa dan tidak redha dengan ujian yang menimpa. Maka lahirlah sifat-sifat mazmumah dalam hati lantaran buruk sangkanya pada tarbiyah Allah swt.

Berbeza pula apabila iman menjadi kayu ukur bagi kaifiyat tarbiyah ini. Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt. Dan orang yang paling bersangka baik pada Allah adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..!!

Tarbiyah Allah swt memerlukan penghayatan yang tinggi. Penghayatan iman yang mantap mampu mendorong seseorang itu lebih akrab dengan tuhannya. Mengimbas sejarah islam bagaimana Rasulullah saw di uji menjadi anak yatim piatu di waktu kecil usianya. Baginda tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Banyak lagi ujian-ujian yang baginda terpaksa lalui khususnya dalam penyebaran dakwah baginda. Bermula dakwah secara rahsia sehinggalah dakwah baginda secara terbuka. Namun ujian itulah yang mentarbiyahkan Rasulullah saw menjadi seorang yang cekal, sabar dan tabah sebagai seorang hamba Allah yang unggul peribadinya. Setiap kehidupan itu pastinya akan berteman dengan ujian. Samada ujian kebaikan atau sebaliknya. Sekalipun kita melihat orang kaya yang banyak hartanya, bahagia hidupnya, tetapi dalam bahagia itu dirinya menjadi perhatian Allah dan manusia. Allah mengujinya samada bersyukur atau kufur pada RahmatNYA. 

Hakikatnya manusia kala ini terlalu ramai yang tewas dengan nafsunya. Nafsu yang terlalu dimanja-manja dengan wang ringgit dan segala macam kemewahan, pangkat, darjat dan kecantikan selalunya menjadikan si pemiliknya lupa diri, bongkak, ujub dan segala macam lagi sifat-sifat mazmumah yang bersarang dihati. Akan tetapi, nafsu menjadi lemah tikamana kesusahan itu yang menjadi santapannya. Ramai manusia apabila ditimpa dengan musibah dan ujian, hatinya lebih lembut untuk menerima hidayah Allah. Sirah perjuangan nabi Muhammad di Mekah menjadi buktinya. Ramai di kalangan masyarakat arab ketika itu yang menerima islam di awal penyebarannya terdiri di kalangan orang yang faqir miskin, hamba abdi dan kaum perempuan yang dianiaya. Di sinilah letaknya hikmatnya Allah menguji hambaNya dengan kesusahan dan kepayahan hidup.. Fitrah bergembira cenderung hatinya kepada hubbud dunya (cintakan dunia). Dan amatlah rugi orang yang hatinya cinta kepada dunia dan seisinya sedang dunia itu bersifat FANA.

Tikamana diri kita diuji oleh Allah dengan kebaikan dunia, maka bersyukurlah pada nikmat kurniaNYA. Itu tandanya diri kita dalam pemerhatianNYA. Siapkan diri dengan iman dan taqwa, kerana itulah yang akan menjadi benteng kita daripada godaan syaitan dan nafsu kita yang tidak ada istilah waktu untuknya melalaikan kita. Sungguh nafsu itulah yang paling hampir dengan diri kita. Maka, kalahkanlah ia dengan banyak memberi kerana Allah swt. Jikalau ujian Allah berupa kekayaan, banyakkanlah menghulur pada yang memerlukan. Sungguh kekayaan itu hanyalah pinjaman semata. Pemiliknya adalah yang kekal Abadi. Kita hanyalah insan yang hanya menumpang Kesempurnaan sifat-sifatNYA. Jadikanlah barang pinjaman itu sebagai wasilah untuk kita mendekatkan diri kita pada ALLAH swt. Sesiapa yang memberi pinjaman pada Allah (sedang Allah tidak memerlukan pinjaman) maka Allah akan memberikan pulangan yang berlipat ganda hasil daripada apa yang dilakukannya.. Sekiranya ujian nikmat itu berupa darjat dan pangkat, maka ingatlah kekuasaanNYA dan AgungNYA Allah swt.. Sekiranya ujian itu berupa kecantikan, ingatlah akan diri kita, kecantikan itu hanyalah sementara dan kecantikan itu hanyalah nilaian zahir bagi manusia. Jadikanlah dirimu begitu berharga dan bernilai di hadapan Allah swt. Baginda bersabda :“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan kekayaan kamu, tetapi melihat pada amal dan hati-hati kamu”.

Andai diri kita di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan lah hati kita dan bersangka baiklah pada ALLAH s.w.t. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicara kita. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNYA. Sedang diri kita di uji, Allah sebenarnya ingin memelihara kita dari sejuta keburukan… Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah kita lapangkan dada kita dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hati kita. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran bersangka baiknya kita pada ALLAH sw.t. Mulakanlah hari kita dengan senyuman dengan lidah kita sentiasa bertahmid memuji Allah swt, dan hati kita sentiasa mengingati Allah swt dan merasa bahagia sepanjang masa..

Jadilah orang yang bersyukur sewaktu menerima ujianNYA lebih-lebih lagi tika musibah menimpa. Itu tanda kasih sayang Allah swt pada kita agar hati kita sentiasa bertaut rindu dengan namaNYA. Usah mengeluh pada RahmatNYA, sekalipun ujian musibah menjadi tamu hidup kita.. Insafilah dan hayatilah simbolik kesusahan hidup yang menimpa kita. Allah lebih Maha Mengetahui sedang kita sedikitpun tidak mengetahui. Serahkanlah kehidupan kita sepenuhnya pada Allah swt setelah kita iringi dengan usaha. Pasti suatu hari nanti, diri kita akan tersenyum syukur dan bahagia atas ketentuanNYA.. dan barulah kita mengetahui itulah yang terbaik untuk diri kita. .. SubhanALLAH walHamdulillah.

Thursday, April 15, 2010

SYAFAAT AL QURAN

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukannya Nabi, bukannya malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

 Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya". Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT



Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : “Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu : "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya:"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails