Saturday, April 24, 2010

Ada apa dengan kisah kucing ini dengan kita?



Masa terus berlalu. Bergema firman Allah di dalam surah Al Asr yang bermaksud “ Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. AMAT RUGILAH MANUSIA YANG TIDAK MEMANFA'ATKAN WAKTUNYA UNTUK BERBAKTI. Daripada ana duduk sahaja, ana mencuba sedaya upaya untuk memerah otak untuk mengerah idea untuk di post kan entry kali ini. Kurang membaca membuatkan ana ketandusan idea untuk menulis. Bukan kerana kesibukan dalam ana menjalani latihan industry tetapi aspek sikap ana yang tidak berdisplin. Kurang memberi perhatian dalam membaca. InsyaAllah, teman – teman, sama – samalah kita memperbaiki diri. Meningkatkan potensi diri dalam berkongsi ilmu pengetahuan khususnya.
Satu hari, seorang pemuda telah membawa pulang seekor kucing terbuang yang dijumpainya di suatu lorong dalam keadaan kesejukan dan lemah. Hampir sahaja, mendekati kematian. Namun, atas sifat belas kasihannya, dipungutnya kucing tersebut. Di belai, dimanja, di jaga dengan penuh kasih. Namun, suatu hari si pemuda memaki hamun, dan memukul kucing tersebut. Alasannya, kucing tersebut tidak kenang budi. Ia mengambilnya dan memberi makan minum hingga benar-benar sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis merata-rata di dalam rumahnya.
Mungkin ini Cuma satu cerita atau kisah. Namun bagaimana kita selaku manusia ini mengambil iktibar akan kisah semudah ini? Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita. Dia memelihara kita daripada kecil dengan rezeki, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembali derhaka kepada Allah dengan meninggalkan suruhannya dan melakukan apa yang dilarangNya. Tetapi Allah tetap memberi kita rezeki dan rahmatnya walaupun kita derhaka dan engkar. Namun Dia masih belum menyiksa dan memukul kita. Apa bezanya kita dengan kucing tersebut? Mungkin ada yang menjawab, kucing itu binatang kita ini manusia. Dahtu kenapa tidak mengatakan kita selaku manusia Allah telah kurniakan nikmat akal untuk kita berfikir. Teman – teman, ambillah sedikit masa untuk kita merenungi diri kita ini. Kita ini sentiasa akan diuji tatkala kita tengah lalai mahupun alpa apatah lagi dalam keadaan senang. Namun berapa ramai yang sedar tatkala teruji di kala dalam keadaan nikmat mahupun stabil kehidupanya? Renung – renungkanlah wahai teman. Jangan biarkan masa kita berlalu begitu sahaja. Mudahan Allah kurniakan petunjuk dan rahmatNya kepada kita semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails