Thursday, March 11, 2010

BERMULA DARI DIRI SENDIRI!!


Melihat keadaan kita sekarang ini, titik perubahan dari keamanan kepada kekacauan, di mana ana katakan sebagai titik tolak dari kerosakan akhlak. Masakan tidak, ramai anak muda sudah tidak peduli dengan nilai – nilai moral. Statistik peningkatan jenayah boleh di lihat hari demi hari. Pelbagai kekejaman berlaku di mana – mana. Fitnah menfitnah, rogol, buang anak, cerita hantu, kurafat diterbitkan bermaharajalela, adegen tayang menayang tubuh secara langsung  di bahan media, dan banyak lagi. Di sini Ana malas hendak mengulas kejadian perilaku bagaimana. Kita telah sedia maklum akan situasi – situasi begini. Manusia sesama manusia sudah tidak dihormati lagi apatah saling hormat – menghormati. Masakan tidak kejahilan zaman sekarang boleh ana katakan lebih jahil di zaman terdahulu. Kiranya dahulu, semasa zaman kejahilan, mereka hanya membunuh anak perempuan sahaja. Namun kini apa sudah terjadi? Gamaknya mereka sanggup membunuh tidak kira anak lelaki mahupun perempuan. Sesuatu yang sangat biadab pun, yang tampaknya tidak mungkin dilakukan oleh orang-orang terdahulu, namun dilakukan oleh manusia sekarang. Indeks akhlak kian merosot malahan menjadi sesuatu yang tiada maknanya lagi. Ada yang terkini, tiada lagi sifat malu mahupun takut. Up to date di katakan. Artis zaman sekarang, ana tak nak sebut dan cerita. Kalian boleh melihat sendiri. Namun akhirnya, anak muda remaja kian hanyut dan terus hanyut di alam fantasi. Mudahan Allah memberi petunjuk dan hidayah buat kita dan mereka semua. Ana kasihan kepada adik – adik seawal usia 4 tahun telah di ajar menjadi penyanyi, penari, pelakon dan pendek kata di pentas fantasi. Apa sudah jadi dengan pemikiran ibu – ibu dan bapak – bapak kita sekalian? Mudahan kita yang bakal menjadi isteri@suami@ibubapa telah bersedia menuju alam pembentukan keluarga yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mendidik anak dengan ajaran islam yang sebenar bukan sekadar mewariskan keislaman buat mereka. Kebanyakan perilaku mereka benar - benar menentang dan berlawanan dengan yang dinyatakan di dalam al quran. Lihat sahaja ada ramai yang tanpa segan silu meninggalkan solat apatah lagi yang mengabaikan dengan melambat-lambatkan untuk bersolat. Dan apa nak jadi pada orang yang terdekat, hendak menegur merasa malu dan lebih teruk lagi ada yang beranggapan itu hak peribadi terpulang untuk solat atau tidak.
Manusia ini pelbagai ragam. Paling terkini, ada ramai yang pandai dan bebas bercakap mengenai hukum, itu salah, ini betul. Berpidato dan berucap ke sana kemari berbicara mengenai kebaikan, padahal apa yang diucap dia sendiri tidak berbuat apatah lagi rupanya dia turut menyumbang kepada perkara negatif terbabit. Sudah jelas lagi berlampu, perkara ini ada disentuh dan disebut di dalam Al quran mengatakan Allah swt murka terhadap orang yang hanya berkata sesuatu tetapi yang tidak dikerjakannya. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. (QS.As Shaf, 61:3). Hal ini sudah menunjukkan kesimpulan pada kerosakan di zaman alaf ini. Namun, sebagai umat yang hanif, sudah pasti hatinya selalu condong kepada kebaikan dan perbaikan. InsyaAllah, mudahan Allah memelihara dan memberi petunjuk serta hidayah buat kita dan seluruh generasi islam terutamanya muda mudi.
Kita yang ingin kebaikan ini, tidak seharusnya menyesali dan hanya selaku pelakon, ayuh kita bangkit. Islam menganjurkan kepada umatnya untuk menjadi pembaharu, agen perbaikan, orang yang saleh dan muslih, orang yang baik dan mengajak ke arah kebaikan. Bahkan tidak kurang 29 empat puluh kali Allah SWT mengulang tentang kewajiban berbuat baik ini. Di antaranya, ‘berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang berbuat kerusakan. (QS. Al Qashash [28]:77).’ Dan kewajiban berbuat baik ini, melakukan perbuatan ke arah perbaikan ini merupakan kewajiban individu.
Renungan kita bersama hari ini, mestikah kita mulai dari diri kita sendiri?
Mestinya sekarang kita bertanya kepada diri sendiri. Apakah kebaikan yang sudah kita lakukan
hari ini? Apakah usaha kita untuk memperbaiki keadaan ini? Adakah perilaku hidup kita termasuk dalam kategori kerosakan? Kalau ada, kita mesti menghentikannya agar kita tidak menjadi penyumbang terhadap kerosakan yang lebih parah. Inilah beberapa pertanyaan yang biasa kita mesti tanyakan kepada diri sendiri!!
************************************************************************************
Afwan, agak lama ana menyepi dan membiarkan entry ini tidak di update. Kebelakangan ini ana dihimpit dengan masa yang kian memburu. Al kisahnya, ini merupakan minggu – minggu genting dan kritikal. Assignment, presentation, FYP, tesis, final draft, pameran, poster, test, video…. Dan perapian masa dengan terperinci. wahh..seperti makan besar yang cukup meriah. Persediaan hari seterusnya untuk menyambut ketibaan hari berbahagia iaitu FINAL EXAM…
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails