Tuesday, January 19, 2010

kata hati



Hari demi hari telah kita lalui bersama
adakala suka dan duka
Akhirnya, kutuliskan suara hati ini,
Ku katakan semua yang ada dalam perasaan ini
tapi bukanlah yang rahsia,
kerana rahsia tetap rahsia..

Resepi muda orang suka bertanya,
resepi tua semua orang tolak ke tepi,
namun kini aku semakin bertambah usia,
semakin dekat hari kembali.

 Benarlah 2 nikmat manusia sentiasa lupa,
nikmat sihat dan nikmat kelapangan,
bila sihat lupa saatnya sakit,
bila lapang tidak teringat sempitnya masa.

Kini,
aku menunggu masa,
masa untuk kembali,
di mana semua orang akan melaluinya.

Aku tidak selincah dahulu,
mampu berlari sekuat hati,
laju menghayun langkah...


kadang - kadang aku hampir jatuh..

Aku gembira di saat ini,
mudahan sahabat - sahabtku juga bahagia,
di dunia bahkan di akhirat kelak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails