Friday, January 22, 2010

Sihat vs Sakit

Dua Puluh Empat Jam dalam Kehidupan Seorang Muslim
Aku tidak secergas apatah lagi bergerak pantas seperti teman – temanku yang lain. jika dulu terasa kekurangan namun kini ini adalah nikmat Allah kurniakan padaku. bukan semua orang dapat merasakan apa yang kurasa. Bukankah itu keistimewaan.. Semua ini adalah ujian buat ku sebagai hambaNYA. dalam masa yang sama aku boleh belajar erti sabar dan tabah. Dugaan yang paling sukar bilamana kita berada dalam kedudukan yang stabil dan mantap. Kerana hingga satu masa sampai lupa nikmat kurniaan sementara pada diri kita. Ana tersentuh satu cerita yang seorang teman bercerita padaku di saat ku rasa iman menurun. 


Si monyet dan pokok kelapa. Ana ringkaskan cerita monyet ni ye.. Monyet ni diberi nama Si Comey oleh tuanya. Tuanya memiliki kebun kelapa dan di dalam kebun tersebut terdapat sebatang pokok kelapa yang sangat tinggi mencecah langit. Namun ia sangat istimewa kerna punya buah yang sangat lazat dan isi yang manis. Si Comey berhajat satu hari nanti akan memanjat pokok kelapa ini dan merasai kenikmatan buah tersebut. Untuk itu, Si comey menyiapkan diri dengan fizikal dan mental yang semaksimum yang mungkin untuk berhadapan dengan pokok kelapa ini. Maka tibalah hari yang dinantikan setelah segala persiapan dibuat untuk memantapkan dirinya Si Comey pun memulakan ekspedisi memanjat pokok kelapa istimewa tersebut. Di awalnya dia bergerak laju untuk sampai ke puncak, namun akhirnya dia kepenatan dan memperlahankan gerakanya. Semasa dipertengahan pokok, tiba – tiba ribut melanda. Angin bertiup kencang. Si comey bertaut dengan kuat pada batang pokok kelapa. Dia cuba sedaya upaya bertahan. Untuk turun ke bumi agak merugikan. Alang – alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan, alang – alang memanjat biar sampai ke puncak. Si Comey tidak berangan seperti Mat jenin, dia punya tekad yang menjulung tinggi seperti mana tingginya pokok kelapa terbabit. Alhamdulillah, Si Comey mampu bertahan. Akhirnya ribut pun reda. Si Comey pun terus kan perjalananya. Tinggal sedikit sahaja lagi perjalanannya. Telah nampak buah – buah kelapa tersebut. Namun di saat itu, angin bertiup sepoi – sepoi bahasa. Si Comey mengambil keputusan untuk berehat seketika. Lagipun apalah hendak dikejar sangat sedangkan dia telah menghampiri puncak pokok kelapa terbabit. Di saat dibuai oleh kenikmatan angin tersebut, entah bagaimana Si Comey pun tertidur. Dan akhirnya Si Comey pun terjatuh dari pokok kelapa tersebut. Apa pendapatmu wahai teman – temanku?
Terpulang kepada teman – teman untuk mengadaptasikan cerita ini dengan kehidupan kalian. Kembali kepada nikmat sihat tadi, ana memujuk diri ana supaya yakin akan ketentuan Allah yang memberi penyakit sudah pasti penawarnya adalah kurniaan Allah jua. Allah jua penyembuhnya. Dalam Al Qur'an, Allah memuji kesabaran orang beriman selama sakit dan menempatkannya dalam sifat “pengabdian yang sebenarnya”
“…akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan sholat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. (QS Al Baqarah, 2:177)”
“Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya, "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". (QS Al Anbiya, 21:83)
“… dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku” (QS Ash Syuara, 26:80)
segala ujian ini telah membuat diri ana tersenyum bahkan merasa kebahgiaanya. Ya Allah berikan kekuatan pada hambaMu ini. Buat teman – teman, Hanya Allah membalas jasa- jasa kalian dengan kasih sayang dan perhatian yang kalian berikan pada ana. Inilah kesempatan yang ana dapat dan rasakan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Moga berbahagia wahai teman – temanku..

OH IBU!OH AYAH!



Lahirnya di dunia ini atas nikmat yang Allah berikan. Rahmat yang Allah kurniakan. Insan yang penat lelah yang mengandung selama 9 bulan bernama ibu senyum bahagia di saat menatap wajah comel di kala bayi. Si ayah mundar mandir menanti khabar gembira. Subhanallah, nikmat yang Allah limpahkan ke atas kita terlalu banyak. Bagaimanakah daya fikir kita sebagai anak? Daya fikir sebagai seorang hambaNYA? Bersyukur kah kita dengan anugerah ini? Tidak terasa kah kita untuk membalas segala penat lelah kedua – dua orang tua kita? Mereka tidak pernah kenal erti jemu melayan kerenah kita dari kita lahir hinggalah kita dewasa. 
Namun apa yang berlaku kini hari? Sedangkan Allah telah berfirman agar kita menghormati kedua – dua orang tua kita. 

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu" (QS Luqman, 31:14)


Kita sebagai anak seharusnya menyenangkan hati – hati mereka. Membuatkan mereka merasa bahagia di saat hari tua mereka. Siapa lagi yang mereka miliki jika bukan kita anak – anaknya? 
 

"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapaknya" (QS Al Ahqaf, 46:15)

Untuk apa semua ini? Allah menurunkan ayat seperti ini? Masih tidak mampu berfikirkah kita? Allah memerintahkan kita agar berbuat baik kepada ibubapa kita. Menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi kita semasa kita kecil dulu. Di saat kita bayi, menangis siang malam ingin dibelai, dimanja, lemah tidak berdaya, kita tidak mampu berbuat apa pun. Semua ini kedua – dua ibubapa kita yang usahakan untuk membesarkan kita dan kini kita telah dewasa..Ye tidak semua di kalangan kita memiliki kedua – dua ibubapa yang beriman kepada Allah. Yang terbuka dalam menjalankan islam secara aturanya. Kita sebagai anak berusaha mengajak mereka kepada kebenaran dengan cara yang berhikmah dan berhemah. Bukan meninggalkan sahaja kedua – dua mereka agar terus berada di dalam kesesatan…
Tidakkah kita mengambil iktibar dari kisah perjalanan Nabi Ibrahim as? Ayahnya yang kufur namun Nabi Ibrahim as tidak pernah tidak mencuba untuk mengajak si Ayah agar beriman kepada Allah.
"Wahai Bapakku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, niscaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus. Wahai bapakku, janganlah kamu menyembah setan. Sesungguhnya setan itu durhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah". (QS Maryam, 19:43-44)

Kita sebagai anak berusaha sama- sama membangunkan keluarga bahagia yang berada di dalam lingkungan rahmat Allah. Tidak pernah jemu meminta rahmat, perlindungan dan kasih sayang daripada Allah agar mengasihi kedua – dua orang tua kita di dunia dan di akhirat. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails