Tuesday, February 23, 2010

RENUNGAN


Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat demikian, akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.
-Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim-

AYUH KITA BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK


Semua ingin akan perubahan. Semua ingin menjadi baik. Untuk itu perlu adanya perancangan. Perancangan bagaimana agaknya..Ayuh kita mengorak langkah menuju kepada kejayaan dalam momentum diri kita. Jangan kita terlewat sedetik pun sekiranya ingin berubah. Ana yakin, di antara kita punya tekad dan keinginan. Dari mana kita hendak mulakan semua perubahan ini? Kuncinya adalah HATI. Kerana di situlah penggerak segala keinginan. Pembersihan perlu dilakukan. Diri kita mungkin sedang sarat dengan kekotoran, habuk debu yang berterbangan dan pencemaran. Mari kita sama – sama bergotong royong untuk bersihkan jiwa kita. Kerana apa? Tatkala hati di dalam keadaan bersih, maka ia tidak akan pernah sekali merasa kenyang untuk selalu bertilawah Al Quran.. itu bukan kata – kata ana tetapi nasihat khalifah kita yang ketiga Saidina Uthman Bin Affan. Rumet ana suka mengomel “pema” yang membawa maksud pemalas. Sikap ‘pema’ ini harus dikikis dari diri kita. Masakan kita tidak mampu. Musuh yang nyata di alaf kini adalah diri kita sendiri. Kita kena melawan dengan tekad yang gigih berserta dengan IMAN. Mulai lah dengan niat kerana ALLAH. 

 "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik"(QS 57:16)
 
Sudah pasti kita ini bukan seorang yang tidak pernah melakukan dosa. Kita ini dulunya sentiasa alpa. Apatah jahil. Banyaknya dosa yang kita perbuat. Namun jangan kerana dosa ini kita lalu malah bertambah hanyut. Sedih dan terperangkap dengan dosa. Pendek kata, pesanan ini ana tujukan kepada diri ana terutamanya bahkan teman – teman, mulakan lembaran baru. Hari yang baru. Masa silam biar sahaja berlalu. Analoginya; Kenapa kita punya mata di hadapan bukan di belakang? Untuk kita berfikir agar jangan pandang ke belakang namun terus kehadapan. Jika tidak kau pasti gundah gulana. Semak semula tabiin dahulu. Bagaimana Fudhail bin Iyadh meninggalkan kisah silamnya sebagai perompak. Bahkan menjadi ulama yang menggoncangkan hati untuk mengingat akhirat. insyaAllah kita mampu berbuat Cuma perlukan pengorbanan mantap dari hati kita.
Masa 30 minit untuk slot Blog dah nak tamat. Masa untuk berbuat perkara yang lain pula. Ana tinggalkan semua ini untuk teman – teman bermuhasabah dan bermonolog pada hati kalian sendiri. Ana mendoakan mudahan Allah permudahkan urusan saudara – saudaraku. Motivasi hati itu penting untuk jadikan diri kita bersemangat. Displin itu harus untuk jadikan diri kita beretika. Bersahabatlah dengan teman – teman yang baik lagi soleh/solehah dengan hatimu, namun jangan kau lupa untuk bersahabat dengan mereka yang kurang elok itu dengan akhlakmu. Mudahan terpancar hidayah buat mereka juga. Hari yang sentiasa indah. Dugaan dan ujian pasti mendatang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails