Friday, January 29, 2010

Pintu syaitan terbuka...

Agak sukar juga untuk mencetuskan idea – idea secara bertulisan. Berbicara lagi mudah untuk melontarkan pendapat. Tetapi dengan tekad, hujung minggu kali ini disisipkan dengan penulisan serba ringkas tetapi mungkin tidaklah mengikuti cara penulisan yang biasa. Apa agaknye ye..?

Minggu yang berlalu kali ini pun ada cabaran dan dugaan tersendiri. Emosi kewanitaan yang semakin meningkat usianya sedikit terusik oleh dek usikan nakal teman sebilik apatah lagi diskusi dengan sahabat yang sebaya mengenai calon hidup. Susah – susah. Agaknya bila lah teman hidup ini hendak memunculkan dirinya. Pada Allah kami bermohon, agar dikurniakan usia yang berguna kepada bakal teman hidup kami dengan baik akhlaknya. Ya Allah peliharalah juga diri kami daripada memaksiatkan dan menzalimi diri kami sendiri, lindungilah kami dari jatuh dalam perangkap syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menggoda hati, nafsu dan akal selemah kami ini. Ameen. InsyaAllah telah tercipta buat diri kita dengan pasangan hidup yang telah Allah tentukan Cuma masa belum tiba. Itu kata – kata mujahadah sebagai penguat diri. Buat apalah hendak membebankan diri sendiri, macamlah umur dah 30 tahun..Ermm takdelah tua sangat pun baru jer 20 lebih – lebih.. Sepintas teman ana beri masukan, masalahnya bukan usia yang semakin meningkat sekarang ini tetapi kesanggupan dan persediaan untuk menjadi ibu yang akan melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Untuk itu seorang teman menambah, Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Bersabar dan bersabarlah. Ana hanya mampu tersenyum dengan diskusi yang tidak tahu bila penghujungnya. Persoalan yang hingga kini tiada jawapanya pada ana namun ana berserah dan bertawakal kepada Allah akan pertemuan dengannya. “Di mana hendak mencari dan bagaimana.. ?”

Baiklah, kita tinggalkan dahulu kisah ini. Seperti ana janjikan tadi entry kali ni simple je. Di manakah 15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita? Mari kita check betul atau tidak.
Pintu marah? Dalam minggu lepas berapa kali agaknya kita dalam keadaan begitu? Kadang – kadang perkara kecil pun boleh membangkitkan amarah kita. Cinta dunia? kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu), suka berangan angan kosong, tamak, bakhil, suka pada pujian, riak atau sombong, ujub (merasa kagum)/takbur, takut dan gelisah, buruk sangka, memandang rendah pada orang lain, suka akan dosa, merasa aman daripada pembalasan "ALLAH", putus asa daripada rahmat "ALLAH"… Sebenarnya ada banyak lagi pintu – pintu yang kita buka dan beri peluang kepada Syaitan untuk tinggal bersama dengan kita. So jika ada salah satu pintu tadi kita cepat sedarkan diri. Ini teguran untuk diri ana sebenarnya. Takutnya jika usia muda ini disia – siakan dan dimanfaatkan kepada perkara yang melalaikan.. Mari kita bersegera melakukan kebaikan untuk menutupi kejelekan kita.. Mudahan Allah menerima amal ibadat kita…

Tengah asyik menaip ini, jiwa ana tiba – tiba tidak keruan. Ana tersentak dengan nasihat seorang hamba Allah di bumi Jordan ni. Terima kasih atas ingatan beliau kepada diri ana. Kadang – kadang kita lupa dan lalai kita sedang sentiasa di uji.. Ana gagal untuk mengawal diri terutamanya emosi sebagai seorang muslimah. Tidak akan mudah mengalah… terus untuk bermujahadah di bumi Allah ini. Pengembaraan akan tetap diteruskan walaupun terpaksa bersendiri kerana yakin Allah pasti bersama… Ana bahagia.. Pelik pula rasanya entry kali ini. Agaknya kali ini lebih kepada konsep curahat… Curahan rasa hati… cukuplah untuk kali ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails