Tuesday, February 23, 2010

RENUNGAN


Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat demikian, akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.
-Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim-

AYUH KITA BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK


Semua ingin akan perubahan. Semua ingin menjadi baik. Untuk itu perlu adanya perancangan. Perancangan bagaimana agaknya..Ayuh kita mengorak langkah menuju kepada kejayaan dalam momentum diri kita. Jangan kita terlewat sedetik pun sekiranya ingin berubah. Ana yakin, di antara kita punya tekad dan keinginan. Dari mana kita hendak mulakan semua perubahan ini? Kuncinya adalah HATI. Kerana di situlah penggerak segala keinginan. Pembersihan perlu dilakukan. Diri kita mungkin sedang sarat dengan kekotoran, habuk debu yang berterbangan dan pencemaran. Mari kita sama – sama bergotong royong untuk bersihkan jiwa kita. Kerana apa? Tatkala hati di dalam keadaan bersih, maka ia tidak akan pernah sekali merasa kenyang untuk selalu bertilawah Al Quran.. itu bukan kata – kata ana tetapi nasihat khalifah kita yang ketiga Saidina Uthman Bin Affan. Rumet ana suka mengomel “pema” yang membawa maksud pemalas. Sikap ‘pema’ ini harus dikikis dari diri kita. Masakan kita tidak mampu. Musuh yang nyata di alaf kini adalah diri kita sendiri. Kita kena melawan dengan tekad yang gigih berserta dengan IMAN. Mulai lah dengan niat kerana ALLAH. 

 "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik"(QS 57:16)
 
Sudah pasti kita ini bukan seorang yang tidak pernah melakukan dosa. Kita ini dulunya sentiasa alpa. Apatah jahil. Banyaknya dosa yang kita perbuat. Namun jangan kerana dosa ini kita lalu malah bertambah hanyut. Sedih dan terperangkap dengan dosa. Pendek kata, pesanan ini ana tujukan kepada diri ana terutamanya bahkan teman – teman, mulakan lembaran baru. Hari yang baru. Masa silam biar sahaja berlalu. Analoginya; Kenapa kita punya mata di hadapan bukan di belakang? Untuk kita berfikir agar jangan pandang ke belakang namun terus kehadapan. Jika tidak kau pasti gundah gulana. Semak semula tabiin dahulu. Bagaimana Fudhail bin Iyadh meninggalkan kisah silamnya sebagai perompak. Bahkan menjadi ulama yang menggoncangkan hati untuk mengingat akhirat. insyaAllah kita mampu berbuat Cuma perlukan pengorbanan mantap dari hati kita.
Masa 30 minit untuk slot Blog dah nak tamat. Masa untuk berbuat perkara yang lain pula. Ana tinggalkan semua ini untuk teman – teman bermuhasabah dan bermonolog pada hati kalian sendiri. Ana mendoakan mudahan Allah permudahkan urusan saudara – saudaraku. Motivasi hati itu penting untuk jadikan diri kita bersemangat. Displin itu harus untuk jadikan diri kita beretika. Bersahabatlah dengan teman – teman yang baik lagi soleh/solehah dengan hatimu, namun jangan kau lupa untuk bersahabat dengan mereka yang kurang elok itu dengan akhlakmu. Mudahan terpancar hidayah buat mereka juga. Hari yang sentiasa indah. Dugaan dan ujian pasti mendatang.

Monday, February 22, 2010

HATI

TeMpat tinggal iman, roh, cahaya dan  Al quran--------> HATI
Kenapa hati tempatnya letak semua ini? Ana rasakan anggota yang paling berpengaruh adalah HATI di dalam kehidupan kita sebagai manusia. Segelintir dari manusia merasakan HATI sebagai alat ukur di dalam penentuan kepada diri manusia. HATI sebagai anugerah Allah kurniakan buat manusia sebagai wadah dan kekuatan di dalam kehidupan kita. Terdapat dalil yang boleh dikongsikan bersama untuk menguatkan fakta - fakta ini.. 

Allah menguatkan roh dan letaknya iman seseorang itu.
          Di dalam surah Al Mujadalah ayat ke 22, Allah berfirman " Mereka itu adalah orang - orang yang telah  ditetapkan dalam hati mereka keimanan dan diperkuatkan roh dari Allah."

Merasa Rindu kepada Allah.
          Surah Al Ahzab ayat 23, Allah menyatakan " Di antara orang - orang mukmin itu ada orang - orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka ada di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu - nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya)

Tempat tersimpannya ayat - ayat Al quran.
          Allah berfirman di dalam surah Al ankabut ayat 49 yang bermaksud "Sebenarnya, al quran itu adalah ayat - ayat yang nyata di dalam dada orang - orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat - ayat Kami kecuali orang - orang yang zalim."

Pembersihan dari Allah.
           "........Dan Allah berbuat demikian untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada di dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati."

Teman - teman, oleh demikian pentingnya penjagaan HATI.. KErana ia rumah di dalam diri kita. 
Jika inginkan ketenteraman berzikir lah... Allah berfirman di dalam surah Al ra'd ayat 28 yang bermaksud " orang - orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram...So apa tunggu lagi, ingatilah Allah tidak kira masa dan detik. Setiap langkah dan denyutan nadi.. Kita tidak pernah melupainya.. Mudahan Allah beri kemudahan buat kita.



 


Saturday, February 20, 2010

Pantun Si Hati


Buat dia yang tak dikenali,
Selama ini lama mencari,
Mohon pinta dari ILAHI,
Akhlak terjaga, indah pekerti.

Bukan dicari rupa menawan,
Bukannya ia kekal selamanya,
Mudahan dia orang yang beriman,
Dicintai Allah dan Rasulnya.

Takutnya dugaan di kala ini,
Di kala sunyi pasti teruji,
Digoncangnya hati kerana lelaki,
Bertambah dosa gelapnya hati.

Cinta padanya bukan kerana berharta,
Pasti nanti hidup menderita,
Nanti abih hartanya ku buat belanja
Sukar hidup, miskin dan papa kedana..

Pada Engkau Ya Allah aku meminta,
Kurniakanlah padanya sifat yang mulia,
Tingkatkan ilmu dan agamanya,
Mudahan indah akhlaknya.

Puisi Untuk ADAM


Adam..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg soleh buat ibu bapamu serta saudara2mu dan jugak jiran tetanggamu
Andai engkau sudah beristeri, jadilah suami yang meringankan beban isteri mu
Andai engkau sudah menjadi bapa, didiklah isteri dan anakmu sehingga dia tidak gentar menjalani kehidupan mengikut agama Allah

Adam ..
Andai engkau belum berkahwin, hormatilah wanita-wanita yg engkau kenali,
Ingatlah engkau jugak dilahirkan oleh insan wanita
Ingatlah Adam bahawa lelaki yang baik adalah pelindung kaum wanita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan perempuan yang bukan muhrim,
Kerana dikhuatiri bila dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman serta tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Adam ...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik bersedia membimbing sesiapa sahaja atas agama-NYA
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu matlamat dalam kehidupan adalah mengukuh ikatan tali persaudaraan.

Oleh itu Adam ..
Jagalah pandanganmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu,
Malulah kamu jika bergelar lelaki tapi berakhlak sebaliknya
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Cintailah sesama manusia kerana itu adalah jalan agama-NYA
Janganlah menjadi lelaki yg dilahirkan wanita yg tangannya mengoncang dunia namun menjadi lelaki mengoncang iman wanita..

Daripada Taman - taman Syurga
(

Tuesday, February 9, 2010

Tingkatan Manusia?

Masa rehat setengah jam ana guna sepenuhnya untuk melayan entry ana yang semakin hari terasa semakin sepi akibat dari kesibukan ana yang tidaklah sesibuk mana ini. Ungkapan bagi insan yang suka membataskan diri. Bila mana kita mengatakan diri sibuk maka sibuklah kita dengan perkara yang kita rasakan sibuk itu sedangkan hakikatnya kita tidaklah sesibuk mana. Selama mana kita tidak mengisi masa kita dengan kebaikan dan perkara memanfaat maka selama itu jugalah masa kita telah diisi dengan perkara yang sia – sia. Hendak menitis airmata bila mengenang kembali masa yang telah ana buang dan ana laburkan kepada perkara yang tidak bermanfaat. Teringat firman Allah di dalam surah Al Asr ayat 1 – 3 yang bermaksud “Demi Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. Sahabatku, harap kalian sama – sama merenungi kembali sekian masa kalian yang telah berlalu..  InsyaAallah masa yang singkat ini ana berkongsi mengenai Manusia dibagikan kepada tiga tingkatan. Tingkatan mata, tingkatan otak dan tingkatan hati." Mari kita sama – sama mengupas apa yang dikatakan 3 peringkat ini. 
1.       Tingkatan yang pertama adalah mata.
            "Anak kecil yang melihat bintang di langit. la akan mengatakan bintang itu kecil karena ia hanya menggunakan mata."
2.      Tingkatan yang kedua adalah otak.
            "Orang pandai yang melihat bintang di langit. la akan mengatakan bintang itu besar karena ia berpengetahuan."

3.      Tingkatan yang ketiga adalah hati.
           
            "Orang pandai dan mengerti yang melihat bintang di langit. la tetap mengatakan bintang itu kecil walaupun ia tahu bintang itu besar. Karena bagi orang yang mengerti tidak ada sesuatu apapun yang besar jika dibandingkan    dengan KeMaha-Besaran Allah."
                       
 

Sunday, February 7, 2010

Sukarnya untuk memaafkan

Setiap dari kita ini pasti melalui peristiwa yang menuntut untuk diri kita bertolak ansur.  Tidak kira perkara itu kecil, besar mahupun sederhana. Suatu perkara yang sukar untuk kita lakukan adalah untuk menjadi seorang yang pemaaf dan memaafkan Pedih sekali sekiranya satu pihak yang sukar untuk memaafkan sedangkan satu pihak lagi telah lama berlapang dada. Namun akibat sikap satu pihak yang tidak berpuas hati tersebut maka akan berlarutan satu hubungan yang mendinginkan. Sehingga sekecil – kecil perkara akan dipandang buruk.  Walaupun telah mengungkapkan kata maaf namun ia tidaklah semudah itu untuk bersungguh  - sungguh ia memaafkan. Kenapa hal ini berlaku? Apakah punca dan dimanakah sumber sikap sukar memaafkan ini? Mengapa terjadi? Bagaimana mengatasi?

Memang ada orang yang sukar untuk memaafkan dan memerlukan tempoh masa yang lama untuk melupakan peristiwa tersebut. Namun ada juga yang walaupun telah memaafkan, masih lagi bekas luka di hatinya yang pasti bila – bila masa boleh sahaja berdarah kembali. Malah mungkin bertambah teruk. Dan ada juga mereka yang sememangnya mudah memaafkan dan sedikit pun tiada disimpan didalam hatinya. Semua ini Simbolik kepada sifat – sifat yang berada di dalam hati. Sebab itu kenapa, apa – apahal hati kita harus dibersihkan.
 
Kita perlu sedar dan menyedarkan diri kita. Jadikanlah sifat pemaaf dalam diri kita, kerana Sifat suka memaafkan adalah satu perbuatan yang terpuji. Bahkan ia menzahirkan kebersihan hati kita yang suci murni. Jangan dibiarkan hati kita terus di nodai titik hitam hanya kerana menyimpan dendam dengan tidak memaafkan atau melupakan kesalahan orang – orang yang pernah berbuat salah kepada kita. Sedangkan Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya terhadap Allah. Dia memahami tentang dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedar atau tidak sedar. letakkanlah diri kita sebagai pesalah. Bagaimana rasanya perasaan dan diri kita jika kesilapan yang kita lakukan tidak mendapat maaf? Atau mungkin diri kita dilanda dengan sifat keegoan yang menyukarkan untuk memaafkan.

Sememangnya kita boleh mengawal hati dan diri kita menerusi akal namun jika hati tidak dibersihkan dimana ia telah dipenuhi karat – karat dosa pasti susah untuk memaafkan apatah lagi atas sifat kelemahan yang semulajadi pada diri kita kadang-kadang menjerumuskan kita ke dalam pujukan hawa nafsu.Lalu menjadikan perasaan kita menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.

Ana bukan apa, terkesan dan terasa hiba serta pilu akan sikap segelintir sahabat - sahabat kita yang lalai dan alpa dalam proses untuk memaafkan. Menangguhkan kemaafan. Lalu ia mengundang perkara yang lain pula. Contohnya bermasam muka, tidak bertegur sape, murung dan banyak lagi perkara negatif yang berlaku. Kedua - dua pihak haruslah berlapang dada. Bersedia untuk memaafkan. Suatu perkara yang kita lupa dalam memaafkan.. Kuncinya adalah IKHLAS.. Inilah garis atau baseline untuk segala aktiviti yang kita lakukan. Ia dikatakan indicator dalam menterjemahkan keimanan kita. Ana bersyukur ada teman yang sentiasa menegur diri ana dalam memperbaiki diri. Mudahan rahmat Allah sentiasa bersama dengan mereka bahkan buat semua umat islam di bumi ini. Mudahan kita dianugerahkan sifat mahmudah dan tepelihara dari bersifat mazmumah. Insyaallah mulai hari ini kita belajar untuk memaafkan bermula dari perkara yang kecil.. Kita akan merasa nikmat kemaafan dan ketenangan dari sifat tersebut. Perbaikilah diri kita kerana Allah...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails