Saturday, February 20, 2010

Pantun Si Hati


Buat dia yang tak dikenali,
Selama ini lama mencari,
Mohon pinta dari ILAHI,
Akhlak terjaga, indah pekerti.

Bukan dicari rupa menawan,
Bukannya ia kekal selamanya,
Mudahan dia orang yang beriman,
Dicintai Allah dan Rasulnya.

Takutnya dugaan di kala ini,
Di kala sunyi pasti teruji,
Digoncangnya hati kerana lelaki,
Bertambah dosa gelapnya hati.

Cinta padanya bukan kerana berharta,
Pasti nanti hidup menderita,
Nanti abih hartanya ku buat belanja
Sukar hidup, miskin dan papa kedana..

Pada Engkau Ya Allah aku meminta,
Kurniakanlah padanya sifat yang mulia,
Tingkatkan ilmu dan agamanya,
Mudahan indah akhlaknya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails