Sunday, February 7, 2010

Sukarnya untuk memaafkan

Setiap dari kita ini pasti melalui peristiwa yang menuntut untuk diri kita bertolak ansur.  Tidak kira perkara itu kecil, besar mahupun sederhana. Suatu perkara yang sukar untuk kita lakukan adalah untuk menjadi seorang yang pemaaf dan memaafkan Pedih sekali sekiranya satu pihak yang sukar untuk memaafkan sedangkan satu pihak lagi telah lama berlapang dada. Namun akibat sikap satu pihak yang tidak berpuas hati tersebut maka akan berlarutan satu hubungan yang mendinginkan. Sehingga sekecil – kecil perkara akan dipandang buruk.  Walaupun telah mengungkapkan kata maaf namun ia tidaklah semudah itu untuk bersungguh  - sungguh ia memaafkan. Kenapa hal ini berlaku? Apakah punca dan dimanakah sumber sikap sukar memaafkan ini? Mengapa terjadi? Bagaimana mengatasi?

Memang ada orang yang sukar untuk memaafkan dan memerlukan tempoh masa yang lama untuk melupakan peristiwa tersebut. Namun ada juga yang walaupun telah memaafkan, masih lagi bekas luka di hatinya yang pasti bila – bila masa boleh sahaja berdarah kembali. Malah mungkin bertambah teruk. Dan ada juga mereka yang sememangnya mudah memaafkan dan sedikit pun tiada disimpan didalam hatinya. Semua ini Simbolik kepada sifat – sifat yang berada di dalam hati. Sebab itu kenapa, apa – apahal hati kita harus dibersihkan.
 
Kita perlu sedar dan menyedarkan diri kita. Jadikanlah sifat pemaaf dalam diri kita, kerana Sifat suka memaafkan adalah satu perbuatan yang terpuji. Bahkan ia menzahirkan kebersihan hati kita yang suci murni. Jangan dibiarkan hati kita terus di nodai titik hitam hanya kerana menyimpan dendam dengan tidak memaafkan atau melupakan kesalahan orang – orang yang pernah berbuat salah kepada kita. Sedangkan Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya terhadap Allah. Dia memahami tentang dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedar atau tidak sedar. letakkanlah diri kita sebagai pesalah. Bagaimana rasanya perasaan dan diri kita jika kesilapan yang kita lakukan tidak mendapat maaf? Atau mungkin diri kita dilanda dengan sifat keegoan yang menyukarkan untuk memaafkan.

Sememangnya kita boleh mengawal hati dan diri kita menerusi akal namun jika hati tidak dibersihkan dimana ia telah dipenuhi karat – karat dosa pasti susah untuk memaafkan apatah lagi atas sifat kelemahan yang semulajadi pada diri kita kadang-kadang menjerumuskan kita ke dalam pujukan hawa nafsu.Lalu menjadikan perasaan kita menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.

Ana bukan apa, terkesan dan terasa hiba serta pilu akan sikap segelintir sahabat - sahabat kita yang lalai dan alpa dalam proses untuk memaafkan. Menangguhkan kemaafan. Lalu ia mengundang perkara yang lain pula. Contohnya bermasam muka, tidak bertegur sape, murung dan banyak lagi perkara negatif yang berlaku. Kedua - dua pihak haruslah berlapang dada. Bersedia untuk memaafkan. Suatu perkara yang kita lupa dalam memaafkan.. Kuncinya adalah IKHLAS.. Inilah garis atau baseline untuk segala aktiviti yang kita lakukan. Ia dikatakan indicator dalam menterjemahkan keimanan kita. Ana bersyukur ada teman yang sentiasa menegur diri ana dalam memperbaiki diri. Mudahan rahmat Allah sentiasa bersama dengan mereka bahkan buat semua umat islam di bumi ini. Mudahan kita dianugerahkan sifat mahmudah dan tepelihara dari bersifat mazmumah. Insyaallah mulai hari ini kita belajar untuk memaafkan bermula dari perkara yang kecil.. Kita akan merasa nikmat kemaafan dan ketenangan dari sifat tersebut. Perbaikilah diri kita kerana Allah...


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails