Conservation Plan for the Cook Inlet Beluga Whale (Delphinapterus leucas), October 2008
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”
Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami.Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
DIANTARA GANJARAN LUMAYAN
1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat
4. Syurga yang kekal abadi
LOKASI TEMUDUGA : Di dalam kubur (alam barzakh)
KELAYAKAN :
- Anda tidak perlu bawa siji-sijil
- Anda tidak perlu bawa pingat
- Anda tidak perlu bawa wang atau harta(yg banyak
- Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi (Anda cuma bawa dokumen asal Iman dan Amal)
PANEL/PENEMUDUGA : Mungkar dan Nakir (Bertauliah)
**Enam soalan utama yang mudah akan disoal.
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON : Anda cuma perlu menunggu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
"SEMOGA BERJAYA"
"SELAMAT MENJAWAB"
Nota: Soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan tapi hanya iman dan amal sahaja akan menentukan dapatkah kita menjawabnya. Marilah bersama-sama kita bersedia, menambahkan amal kita, moga-moga kita termasuk dalam golongan orang yang berjaya.
Agaknya berapa lama masa yang kita guna untuk mencerminkan diri di cermin? terutamanya golongan hawa…? Hari ini mari kita berkomentar sesame kita dari hati ke hati. Bukan hati orang lain, tapi hati kita sendiri.
1.Senyuman?
Semalam agaknya berapa kali kita telah melebarkan senyuman kita? tetapi ada had dan sempadanya.. Seyuman itu penawar duka, tanda kemesraan namun jangan keterlaluan.. Adakala senyuman di salah ertikan. Senyuman itu banyak jenisnya macam ragam manusia. Nilai lah senyuman anda semalam dan hari mendatang. Jadilah senyuman itu sedekah. Jadilah ia sebahagian hidup anda agar dapat menceriakan orang – orang lain namun INGAT ada had dan Sempadannya.. Senyuman vs ketawa? sama atau berbeza…? Takkan lah sama.. Ketawa pun boleh namun ada hadnya juga. Macam had kelajuan membawa kenderaan. Ini kerana, ketawa tanpa had akan melalaikan. Ketawa berlebih-lebihan terasa sangat asing di hati kita. Tak percaya boleh wat kajian… Terasa hati perit dan sempit.. Mana taknya, banyak ketawa, banyak menangis di akhirat kelak..
2.Kesalahan
Berapa ramai di antara kita hari ini atau semalam menilai atau mengimbau semula kesalahan – kesalahan yang di lakukan semalam? Menginsafi setiap detik kesalahan.. Sebelum mata terlena, pusing kanan, toleh kiri, sambil – sambil memikirkan kesilapan diri. Dosa – dosa yang dilakukan. Semak balik diri kita. Kot – kot tadi ada mengumpat sahabat kita di dalam hati. Puji tidak mengapa, ni yang masalah benci sambil menyumpah kawan dalam peti hati. Itu yang menjadikan hati bertambah beban dengan titik hitam. Jika lama – lama kita simpan dan pertambahkan titik hitam ni, apa jadi agaknya? Conformlah hitam hati kita. gelap gelita. Mana ada cahaya nak terang. Maka matilah hati.. Perkara ini jika kita wat sambil lewa dan tidak ada etika untuk menjaga hati, berbahaya untuk masa akan datang. Hati tempat letaknya takwa, letaknya iman, letaknya diri dan jiwa kita. Bahkan banyak lagi benda interesting yang melibatkan hati. Akan dibincangkan di lain waktu dan masa. So wat checklist untuk diri sendiri secara peribadi. Untuk menyemak kembali entry hati kita. Bersihkan diri hati kita dari kotoran duniawi.
“Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri,
dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya
pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.”
(QS: Al A’rof: 23)
3.Sabar
Kita selalu pujuk orang lain bersabar jika ada diantara teman kita ditimpa musibah. Tetapi persoalanya sekarang sejauh mana kita bersabar jika hal yang sama menimpa diri kita. Pendek kata kita suka berteori je banyak.. Tepuk dada tanyalah iman.. Namun syukurilah nikmat sabar itu. Jika kita teruji atau diuji senyumlah wahai teman. Jangan berduka. Berbahagialah wahai temanku. Memang perit namun manisnya jika kita dapat bersabar.
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira
kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’.”
(QS: Al Baqarah:155 - 156)
Terpulanglah bagaimana kalian melihat diri kalian.. Yang penting, sama - samalah kita bermuhasabah diri. Salinglah kita lengkap melengkapi.. Jika teman - teman berbahagia, ana lagilah berbahagia dengan kebahgiaan teman - teman.. Esok hari mendatang pasti berbeza dari ini. Jangan biarkan diri kita terperangkap dengan masa - masa silam yang mungkin dikala itu kejahilan telah menghambat diri kita. Ayuhlah kita berubah agar menjadi hambaNYA yang beriman dan bertaqwa. Jika tika ini ada niat untuk berubah menjadi lebih baik dari hari ini, bersegeralah melakukan perubahan. Janganlah ditangguh - tangguh untuk berbuat baik, apatah lagi amal solehmu...Kita tidak tahu jaminan usia kita ini. Entah esok latau usa...tidakpun seketika lagi.. Hayatilah, renungilah dirimu sedalam - dalamnya.. Tiada siapa dapat memaksa dirimu melainkan dirimu jua..Bukan diriku tetapi hanyalah dirimu. Mudahan Allah permudahkan usaha kita untuk menjadi lebih baik..InsyaAllah..
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..
Sekadar perkongsian santai untuk di kala ini. Bagi yang mengerti mungkin akan bertambah pengertiannya.. Entry kali ini khas buat sahabatku Selamiah Haldin, Lagu ni penuh pengertian untuk kitak.. hayatilah bersama dengan Husband kitak. Kamek mendoakan moga kitak sekeluarga berbahagia di dunia dan di akhirat. Doakan moga kamek dipermudahkan dalam pencarian sebagai hambaNYA..
Betapa dahulu jahilnya diri ana mengenai Al Quran sedangkan Allah telah hadirkan ia sebagai petunjuk jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya. Dahulunya hanya sekadar mengaji Al quran tanpa memahami maksud terjemahan ayat Al quran itu sendiri. Mungkin ada ramai di kalangan kita tidak peka akan hal ini. Soalan mudah untuk kita semua sekiranya kita ini benar – benar menghayati Al quran itu. Jika sukar untuk kita menjawabnya, maka sama – samalah kita muhasabah diri kita kembali. bagi mereka yang dapat menjawabnya, sama – samalah kita saling ingat mengingati.
1.Surah yang ke 11?
2.Dalil kenapa kita diciptakan@ matlamat kita dijadikan?
3.Surah Yusuf surah yang keberapa?
4.Surah Al – insyirah surah ke berapa?
5.Dalil 2:44 mengenai apa?
“ … Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. (QS An Nahl, 16:89)”
Di dalam Al Quran tiada keraguannya. Segala persoalan yang perlukan jawapan, Al quran adalah rujukan yang pertama buat kita. Ana mengingatkan diri ana supaya mengaplikasikan ayat – ayat yang dibaca setiap hari seiring dengan perjalanan harian dalam seharian. Tetapi sejauh mana kita bersungguh – sungguh untuk menghayatinya? . Alangkah indahnya kehidupan kita sekiranya kita berupaya menzahirkan perbuatan kita sejak dari bangun di pagi hari sampailah tidur di malam hari, kita perbaharui niat untuk berfikir, berbicara, dan bertindak berdasarkan ajaran Al Qur’an. InsyaAllah, jika kita bertekad dan berusaha pasti Allah permudahkan niat baik kita ini.
“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (QS An Nahl, 16: 97)”
Mari kita sama – sama bina hari kita agar kehidupan seharian kita dalam lingkungan damai yang jauh dari tekanan, keresahan, dan kekhawatiran di dunia ini berpandukan dengan Al Quran. InsyaAllah, dengan kehendak Allah, perjalanan hidup kita sesuai dengan ajaran Al Qur’an dan Sunnah akan membuat kita mampu mengembangkan sebuah pemahaman yang luas, kecerdasan yang unggul, kemampuan untuk membezakan antara yang benar dan yang salah, dan kemampuan untuk mempertimbangkan sebuah urusan secara mendalam. Dan menjalani kehidupan dengan berserah diri kepada Allah dan sesuai dengan ajaran Al Qur’an akan sepenuhnya berbeza dengan orang lain dalam hal cara bertindak, duduk dan berjalan, dalam sudut pandangnya dan dalam cara menjelaskan serta menafsirkan sesuatu, juga dalam pemecahan yang ia temukan atas persoalan yang dihadapinya..
Agak sukar juga untuk mencetuskan idea – idea secara bertulisan. Berbicara lagi mudah untuk melontarkan pendapat. Tetapi dengan tekad, hujung minggu kali ini disisipkan dengan penulisan serba ringkas tetapi mungkin tidaklah mengikuti cara penulisan yang biasa. Apa agaknye ye..?
Minggu yang berlalu kali ini pun ada cabaran dan dugaan tersendiri. Emosi kewanitaan yang semakin meningkat usianya sedikit terusik oleh dek usikan nakal teman sebilik apatah lagi diskusi dengan sahabat yang sebaya mengenai calon hidup. Susah – susah. Agaknya bila lah teman hidup ini hendak memunculkan dirinya. Pada Allah kami bermohon, agar dikurniakan usia yang berguna kepada bakal teman hidup kami dengan baik akhlaknya. Ya Allah peliharalah juga diri kami daripada memaksiatkan dan menzalimi diri kami sendiri, lindungilah kami dari jatuh dalam perangkap syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menggoda hati, nafsu dan akal selemah kami ini. Ameen. InsyaAllah telah tercipta buat diri kita dengan pasangan hidup yang telah Allah tentukan Cuma masa belum tiba. Itu kata – kata mujahadah sebagai penguat diri. Buat apalah hendak membebankan diri sendiri, macamlah umur dah 30 tahun..Ermm takdelah tua sangat pun baru jer 20 lebih – lebih.. Sepintas teman ana beri masukan, masalahnya bukan usia yang semakin meningkat sekarang ini tetapi kesanggupan dan persediaan untuk menjadi ibu yang akan melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Untuk itu seorang teman menambah, Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Bersabar dan bersabarlah. Ana hanya mampu tersenyum dengan diskusi yang tidak tahu bila penghujungnya. Persoalan yang hingga kini tiada jawapanya pada ana namun ana berserah dan bertawakal kepada Allah akan pertemuan dengannya. “Di mana hendak mencari dan bagaimana.. ?”
Baiklah, kita tinggalkan dahulu kisah ini. Seperti ana janjikan tadi entry kali ni simple je. Di manakah 15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita? Mari kita check betul atau tidak.
Pintu marah? Dalam minggu lepas berapa kali agaknya kita dalam keadaan begitu? Kadang – kadang perkara kecil pun boleh membangkitkan amarah kita. Cinta dunia? kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu), suka berangan angan kosong, tamak, bakhil, suka pada pujian, riak atau sombong, ujub (merasa kagum)/takbur, takut dan gelisah, buruk sangka, memandang rendah pada orang lain, suka akan dosa, merasa aman daripada pembalasan "ALLAH", putus asa daripada rahmat "ALLAH"… Sebenarnya ada banyak lagi pintu – pintu yang kita buka dan beri peluang kepada Syaitan untuk tinggal bersama dengan kita. So jika ada salah satu pintu tadi kita cepat sedarkan diri. Ini teguran untuk diri ana sebenarnya. Takutnya jika usia muda ini disia – siakan dan dimanfaatkan kepada perkara yang melalaikan.. Mari kita bersegera melakukan kebaikan untuk menutupi kejelekan kita.. Mudahan Allah menerima amal ibadat kita…
Tengah asyik menaip ini, jiwa ana tiba – tiba tidak keruan. Ana tersentak dengan nasihat seorang hamba Allah di bumi Jordan ni. Terima kasih atas ingatan beliau kepada diri ana. Kadang – kadang kita lupa dan lalai kita sedang sentiasa di uji.. Ana gagal untuk mengawal diri terutamanya emosi sebagai seorang muslimah. Tidak akan mudah mengalah… terus untuk bermujahadah di bumi Allah ini. Pengembaraan akan tetap diteruskan walaupun terpaksa bersendiri kerana yakin Allah pasti bersama… Ana bahagia.. Pelik pula rasanya entry kali ini. Agaknya kali ini lebih kepada konsep curahat… Curahan rasa hati… cukuplah untuk kali ini.
Dua Puluh Empat Jam dalam Kehidupan Seorang Muslim
Aku tidak secergas apatah lagi bergerak pantas seperti teman – temanku yang lain. jika dulu terasa kekurangan namun kini ini adalah nikmat Allah kurniakan padaku. bukan semua orang dapat merasakan apa yang kurasa. Bukankah itu keistimewaan.. Semua ini adalah ujian buat ku sebagai hambaNYA. dalam masa yang sama aku boleh belajar erti sabar dan tabah. Dugaan yang paling sukar bilamana kita berada dalam kedudukan yang stabil dan mantap. Kerana hingga satu masa sampai lupa nikmat kurniaan sementara pada diri kita. Ana tersentuh satu cerita yang seorang teman bercerita padaku di saat ku rasa iman menurun.
Si monyet dan pokok kelapa. Ana ringkaskan cerita monyet ni ye.. Monyet ni diberi nama Si Comey oleh tuanya. Tuanya memiliki kebun kelapa dan di dalam kebun tersebut terdapat sebatang pokok kelapa yang sangat tinggi mencecah langit. Namun ia sangat istimewa kerna punya buah yang sangat lazat dan isi yang manis. Si Comey berhajat satu hari nanti akan memanjat pokok kelapa ini dan merasai kenikmatan buah tersebut. Untuk itu, Si comey menyiapkan diri dengan fizikal dan mental yang semaksimum yang mungkin untuk berhadapan dengan pokok kelapa ini. Maka tibalah hari yang dinantikan setelah segala persiapan dibuat untuk memantapkan dirinya Si Comey pun memulakan ekspedisi memanjat pokok kelapa istimewa tersebut. Di awalnya dia bergerak laju untuk sampai ke puncak, namun akhirnya dia kepenatan dan memperlahankan gerakanya. Semasa dipertengahan pokok, tiba – tiba ribut melanda. Angin bertiup kencang. Si comey bertaut dengan kuat pada batang pokok kelapa. Dia cuba sedaya upaya bertahan. Untuk turun ke bumi agak merugikan. Alang – alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan, alang – alang memanjat biar sampai ke puncak. Si Comey tidak berangan seperti Mat jenin, dia punya tekad yang menjulung tinggi seperti mana tingginya pokok kelapa terbabit. Alhamdulillah, Si Comey mampu bertahan. Akhirnya ribut pun reda. Si Comey pun terus kan perjalananya. Tinggal sedikit sahaja lagi perjalanannya. Telah nampak buah – buah kelapa tersebut. Namun di saat itu, angin bertiup sepoi – sepoi bahasa. Si Comey mengambil keputusan untuk berehat seketika. Lagipun apalah hendak dikejar sangat sedangkan dia telah menghampiri puncak pokok kelapa terbabit. Di saat dibuai oleh kenikmatan angin tersebut, entah bagaimana Si Comey pun tertidur. Dan akhirnya Si Comey pun terjatuh dari pokok kelapa tersebut. Apa pendapatmu wahai teman – temanku?
Terpulang kepada teman – teman untuk mengadaptasikan cerita ini dengan kehidupan kalian. Kembali kepada nikmat sihat tadi, ana memujuk diri ana supaya yakin akan ketentuan Allah yang memberi penyakit sudah pasti penawarnya adalah kurniaan Allah jua. Allah jua penyembuhnya. Dalam Al Qur'an, Allah memuji kesabaran orang beriman selama sakit dan menempatkannya dalam sifat “pengabdian yang sebenarnya”
“…akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan sholat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. (QS Al Baqarah, 2:177)”
“Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya, "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". (QS Al Anbiya‟, 21:83)
“… dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku” (QS Ash Syu‟ara‟, 26:80)
segala ujian ini telah membuat diri ana tersenyum bahkan merasa kebahgiaanya. Ya Allah berikan kekuatan pada hambaMu ini. Buat teman – teman, Hanya Allah membalas jasa- jasa kalian dengan kasih sayang dan perhatian yang kalian berikan pada ana. Inilah kesempatan yang ana dapat dan rasakan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Moga berbahagia wahai teman – temanku..